Sunday 24 January 2016

Bertudung bukan satu hiasan kepala


itu dia first post dalam 2016. dah lama tak update blog nie. dah jadi rumah hantu dah blog ni. malas nak bukak kat fon. ni pun update guna abang punya komputer, asal boleh update update jer lah. manyak pulak bebel ye. tahun ni lah yang paling mereput. kene tunggu tiga bulan tunggu result. aish debarannya makin lama makin hilang ayoyo.

entry kali ni pasal tudung. tudung ni bukanlah sesuatu yang asing bagi kehidupan manusia terutama dalam negara Malaysia yang indah ini. dalam sesetengah pihak berpendapat bahawa tudung ni sebagai tanda kita menutup aurat dan kita mengikuti perintah Allah. bagi pihak yang lain, tudung ni hanya sebagai tanda inginkan perhatian sahaja. persepsi tudung kepada pihak tertentu sangat berbeza dengan ajaran islam. kita tidak sepatut menggunakan tudung sebagai cara kita ingin mencari perhatian, menjadikan tudung sebagai tanda kita sudah berubah. kita sepatutnya tahu bahawa kita sebagai muslimah dimukabumi ini sepatutnya menutup aurat dengan sebaik baiknya. jikalau kita berbuat demikian pasti orang yang menganut agama lain pasti,kita ini hanya ingin memainkan agama kita sendiri.

inilah yang terjadi pada manusia masa kini. terlalu ramai menjadikan tudung hanya sebagai perhiasan dikepala sahaja. itu okay lagi. ada yang lagi bagus orang ramai yang memakai tudung ini hanya ingin menjadikan tudung sebagai sebahagian fesyen sahaja. bukan itu sahaja mereka hanya memakai tudung hanya ingin promosikan tudung daripada jenama masing-masing. hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam negara islam kita ini. tidak sepatutnya mempunyai niat sebegitu rupa. bukan itu cara untuk menarik ramai umat manusia memasuki agama islam. Rasulullah jugak tidak mengajar kita berbuat sedemikian rupa. berubah wahai manusia.

jika kita sudah bertudung cantik, janganlah kita mendedahkan aurat kita. jangan sesekali membuka tudung dikepala tu. tidak salah berubah tapi berubah dengan cara yang baik. ini tidak. kita sudah memakai tudung dengan sekalian lamanya ,tetapi lepas beberapa tahun kita sudah tidak memakai tudung. itu bermaksud iman kita belum cukup kuat menuju kearah yang lebih baik. sudahlah membuka tudung berpakaian yang tidak senonoh pula. cepat-cepat bertaubat wahai umat manusi. Allah sedia mendengar jika kita ada masalah. Allah selalu ada untuk membimbing kita. jangan mengadakan alasan untuk membuka hijabmu itu.