Sunday 8 July 2018

The Acne Journey (Part 1): The beginning of my breakout



Hai guys!! Hari ni nak ceritakan pasal perjalanan sesama saya melalui musim breakout sesama saya semesta dua di UTHM. Time tu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya saya nak berhadapan dengan semua rakan sekuliah, sekelas walhal tak ada lah orang kenal sangat kat uni. Cuma beberapa rakan sahaja yang mengenali saya termasuk housemate saya. Di uni, saya ni pendiam sikit. Tak banyak cakap dalam kelas. Pergi kelas balik kelas. Itu jer lah saya punya rutin semasa semesta satu. Masih budak suci lagi time tu. Oh lupa nak cakap, sekarang saya continue my study kat UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Jangan tanya pula tu uni apa. Saya ambil degree in technology management. Cewah acah lebih. Kalau tak tahu tu course apa sila search hihi. Sekarang baru sahaja habis semester dua. Cuti panjang ni tu yang saja nak update blog.

Saya mengalami breakout semasa sebelum masuk semester dua lagi. Masalah ni start bila saya beli moisturiser yang baru di Guardian. Sebelum ni saya pakai skincare Safi ( ada buat review pasal Safi). So, nak try yang baru lah. Sebab masatu kebetulan ada promotion kat Guardian dengan Watson. Jadi belilah yang jenis Neutrogena. Disebabkan ramai yang guna and dorang kata product tu bagus. Saya ni jenis yang cepat terpengaruh dengan skincare lelagi saya banyak baca dalam blog pasal pentingnya skincare. Kalau boleh, ada duit mesti nak beli benda baru tacap kat muka.

Ha ni lah jenis moisturiser yang saya beli tu. Yelah tengah sale so amik jer lah. Sebelum ni saya ingat saya boleh pakai semua benda kat muka saya sebab tak pernah breakout teruk lagi. Paling-paling pun saya kene breakout sebab masalah hormon dan tak menjaga muka semasa saya final exam. Memang tak lah nak fikir jerawat time exam. So lepas beli of course terus pakai malamnya kan. Lama tau saya pakai moisturiser ni hampir dua minggu. Lepas pakai sehari sebenarnya dah rasa gatal. Saya ingat benda tu normal. Macam reaction kita dengan jerawat lah kan. Sebelum ni pun masa saya pakai Safi, muka saya gatal-gatal tapi tak ada lah sampai breakout malah makin flawless gitu. Lepas dua minggu tiba-tiba jerawat pipi sebelah kiri tumbuh macam cendawan lepas hujan. Terkejut beruk saya. Banyak gila. Time tu dah rasa lain macam tapi tak berhenti lagi. So, bila mak saya tegur kenapa muka saya makin teruk. saya terus berhenti pakai moisturizer tu lagi. Saya ingat breakout saya sampai situ jer tapi dua hari sebelum nak masuk semester dua. Dia jadi makin teruk. Semua kawasan dia tumbuh. Dagu, dahi, hidung dan pipi. Yang paling teruk kat bibir pun kene. Time tu macam nak nangis sebab muka dah teruk. Jadi saya pasrah jer pi uni dengan muka breakout.

Pengajaran untuk part ni jangan beli benda yang tak sesuai untuk kulit kita kay. Pastikan tahu macam mana nak pilih product yang sesuai untuk kulit. Kenali kulit anda. Nanti saya bagi cara-cara macam mana saya atasi breakout saya dalam masa 6 bulan ni.

So, end for the part 1. Nanti sambung balik kay.

P/S: Sorry tak ada gambar masa tengah breakout sebab rasa down sangat.

Tuesday 3 July 2018

Setiap perkenalan pasti ada perpisahan



Setiap perkenalan pasti ada perpisahan. Ya, perkara itu memang benar. Tak semua orang akan selalu berada disisi kita selamanya atau bersama dengan kita. Contohnya keluarga, kawan, sahabat dan sebagainya. Mereka akan pergi sama ada kita nak atau pun tidak.

Situasi pertama, perpisahan dimana dulu kita fikir kawan kita yang semasa tadika itu akan menjadi teman kita sehingga kita dewasa. Tetapi semua tu berubah setelah dia ataupun kita sendiri telah berjumpa teman yang baru. Sehinggakan apabila berjumpa kita sudah tidak bertegur sapa dengan mereka seperti orang asing yang kita tidak pernah jumpa. 

Situasi kedua, perpisahan dimana andai suatu hari ditakdirkan kita kehilangan keluarga kita melalui ajal, itu adalah salah satu perpisahan yang kita tak pernah jangka. Kita tidak lupa akan mereka bahkan kita akan selalu mengingati mereka. Itu satu perkenalan semasa kita lahir tapi berpisah ditengah jalan kerana lebih disayangi Ilahi.

Situasi ketiga, perpisahan dimana pasangan kekasih membuat keputusan untuk berpisah. Perkara ini yang selalu berlaku apabila dua hati telah bertaut tetapi tidak dapat meneruskan perjalananya. Akibat masalah yang tidak dapat diselesaikan, jadi jalan penyelesaianya cuma perpisahan sahaja.

Semua situasi diatas adalah salah satu contoh perkenalan dan perpisahan yang seringkali dialami oleh semua orang. Mungkin kita akan sedih dengan apa yang berlaku. Tetapi perpisahan ini kita sendiri tak memintaya. Mungkin kita sendiri tidak tahu apa puncanya.

Dulu boleh dikatakan semua orang nak kawan tetapi semakin membesar menjadi seorang dewasa teman dan keluarga semakin lama semakin hilang meninggalkan kita sendirian dan masalah disekeliling kita juga bertambah. Perkara seperti ini banyak mengajar kita menjadi seorang insan yang tabah dan bersyukur sekiranya insan yang kita sayang masih bersama dengan kita. Jadi bersyukurlah dan hargai saat indah bersama insan yang tersayang.



P/S: Beremosi dimalam hari hahahahaha