Sunday 30 August 2015

Merdekakah kita?

Assalammualaikum kepada akak and adik yang baca blog miss ni. Alhamdulillah semakin hari semakin ramai follower miss. Saat itu semakin ramai teman- teman baru miss kan..

Hmm merdekakah kita? Apa maksud merdeka? Merdeka ber maksud bebas daripada dijajah. Sempena hari kemerdekaan yang semakin tiba ini,miss nak buat entry pasal merdeKa sikit. Ramai kawan-kawan kita yang kat luar sana salah faham akan maksud sebenar merdeka. Dorang fikir merdeka cuma sebagai sambutan sahaja dan tidak memberi apa-apa maksud dalam diri mereka. Golongan remaja kat luar sana termasuk miss sering melakukan perkara sumbang yang dianggap sebagai merdeka. Orang dulu menggunakan perkataan merdeka menunjukkan kita sudah bebas daripada genggaman penjajah. Tapi kita kini menggunakan perkataan merdeka sebagai satu hiburan. Nampak tak jauhnya perbezaannya.

Adakah kita merdeka jika kita melakukan jenayah? Adakah kita merdeka jika kita melakukan maksiat? Itu bukan merdeka but itu jenayah.

Orang yang merdeka adalah yang berjaya dalam hidupnya. Sentiasa maju dalam hidupnya. Dan yang paling penting berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Jadi kita dari generasi teknologi ini perlu maju kehadapan bukan menghancurkan dunia yang semakin tua ini. Mari lah bersama sama memerdekakan diri

Saturday 29 August 2015

Kita mesti dewasa

Assalammualaikum sahabat. Apakah kita sedar dunia ini semakin hari semakin tua? Kita juga begitu. Perlu sedar yang kita akan semakin dewasa dan akan tua. Saat kita dilahirkan, kita akan menjalani stage-stage tertentu untuk membesar. Kita mula merangkak,mula berdiri dan akhirnya mula berjalan. Itu menunjukkan kita akan membesar dan menjadi dewasa. Ramai diluar sana inginkan zaman kanak-kanak mereka kembali. Yup. Zaman kanak-kanak memang seronok. Tak ada masalah. Malahan kita buat masalah. Adakah kita sedar yang kita memang perlu membesar? Jika kita tidak membesar dan menjadi dewasa,apa akan jadi dengan dunia ini?cuba bayangkan yang dunia di perintah oleh budak kecil. Adakah dunia ini akan aman dan damai dengan akal kanak-kanak kecil ini? Hmm of course tidak kan...

Tapi bila kita lihat dihadapan adakah aman dunia ini apabila diperintah oleh mereka yang dewasa? Tidak jugak. Terlalu banyak darah yang tumpah akibat perangai mereka yang dewasa. Adakah mereka matang? Atau pun mereka belum dewasa lagi?
Hmm persoalan itu tiada siapa akan jawab kan.

Jadi kita yang merdeka ini,bangun lah dari mimpi fantasi dan melihat dunia realiti. Dan fikir adakah kita sudah dewasa?ataupun kita masih tidak matang serupa kanak-kanak kecil. Dewasa kah kita jika kita melakukan jenayah?dewasakah kita jika kita melakukan perbuatan sumbang?
Fikir lah wahai manusia...
Ini lah masanya semua manusia bangub dari mimpi. No paradise in our world.

Friday 28 August 2015

Giveaway 1.0 by Ena

Assalammualaikum awok awok semua kali ini miss nak mempromosikan giveaway kak Ena.

Mari mempromote bagi merapatkan hubungan kita sesama muslim insyaallah.

Terima Kak Ena kerana mendoakan kejayaan saya. Semoga hidup akak sihat sejahtera ye. AMIN..

Menghilangkan rasa sakit hati a.k.a sedih

Anda semua pernah sakit hati?pernah sedih? Sebagai manusia mestilah pernahkan. Manusia tak akan lari daripada rasa sakit hati and sedih tu. Kenapa? Hmm sebab Allah ciptakan manusia ini dengan pelbagai kelemahan. Kenapa? Sebab dia nak kita sentiasa ingat akan Dia yang maha berkuasa. ALLAHHUAKBAR!!

Masa kita sakit hati mesti akan muncul perasaan marah. Benci. Rasa perit yang terbuku dihati. Lagi- lagi bila orang tu tak pedulikan langsung. Toksah rasa macam tu sekali. Kita mesti kuat dalam apa jua keadaan. Kalau kita sakit hati,jangan pernah tunjukkan dihadapan dia yang kita sakit hati. Tabahkan hati seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kuatkan semangat dalam menghadapi situasi seperti ini. Kalau kita sakit hati, banyakkan mengucap dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan percaturan hidup kita. Kalau kita sakit hati,pergi ambil wudhuk dan bersolatlah bagi menenangkan perasaan. Jika sedih pun sama.... jangan pernah cuba tunjukkan yang kita lemah. Tidak kiralah lelaki ataupun perempuan. Walaupun pedih macam mana pun, cuba lah lepaskan masalah itu. cuba lah memaafkan diri sendiri itu lebih baik daripada terus menyalah kan.

Sampai sini sajaja syarahan kali ini. Hanya mampu berkongsi tips and nasihat. Bai assalammualaikum islam

Wednesday 26 August 2015

Kehidupan sebagai pelajar

Assalammualaikum kepada para pembaca blog miss ni. Hmm hari ini hari terakhir buat miss bersuka ria. It is because esok exam trial untuk spm. Ya Allah sekejapnya masa berlalu. Macam baru semalam miss masuk tingkatan 1 ke sekolah tu. Banyak suka dan duka yang miss lalui. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi yang miss dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk merasai saat getir seperti ini. Tak disangka aku berjaya ke hadapan dengan kaki sendiri. Banyak betul miss membebel.

Kehidupan sebagai pelajar. Apa yang kita tahu yang kehidupan pelajar ini pergi sekolah balik sekolah. Pergi tuition balik tuition. Belum kira homework yang macam gunung kinabalu. Haha. Boleh dikatakan yang hidup sebagai pelajar nie tak pernah aman daripada dugaan Allah. Exam yang mencabar jugak amat menggerunkan setiap pelajar.

Miss tahu memang kehidupan pelajar ini amat memenatkan sehingga kita rasa fade up dengan life kita. Kadang tu rasa nak berhenti sekolah. Hidup sebagai pelajar kita tak boleh mengeluh. Untuk kita berjaya,kita mesti berhenti memberi seribu satu alasan. Capai matlamat tu adalah lebih penting. Proses sebagai pelajar jugak ada alirannya. Sebagai contoh kita sebagai seorang pelajar perlu menghormati guru yang mengajar kita. Itu yang sangat penting apabila kita berada di sekolah. Apabila di rumah, orang yang kita patut hormati ada lah parent. Sebab parent dah jaga kita sejak kecil lagi dan bagi mendapat berkat kepada kita sepanjang menjadi seorang pelajar. Sifat seorang pelajar itu penting bagi mengimbangi ekosistem seorang pelajar. Emosi kita tidak boleh mengawal diri kita. Belajar kawal diri untuk menjadi pelajar cemerlang.

Dengan itu barulah perfect hidup kita sebagai seorang pelajar. Walaupun stress belajar tapi ingat lah Allah sentiasa membantu hambanya yang dalam kesusahan. Kalau cikgu bagi homework macam gunung pun sentiasa think positive.

Okay lah setakat ini kata yang boleh miss membicara. Diharap awak yang hendak exam besar banyakkan doa kepada yang maha Berkuasa. Sekian dari miss. Doakan miss boleh jawab soalan dengan baikye

Sunday 23 August 2015

Never say good bye

Assalammualaikum hmm lama tak update kan terasa rindu nak update tooo yang sibuk nak menaip haha. Sekarang pegang laptop dah tak guna fon jer.

Tajuk entry kali ini memang agak sedih. Ikut keadaan miss lah yang agak menyedihkan ni. Cikgu kat sekolah miss banyak tanya yang miss nie ada masalah peribadi tak?sebab dah lain sangat hmm betul ke dah lain? Miss kadang terfikir apa yang dah lain dalam diri miss. Alahai manyak yang lain nie haha (saja nak ceria).
Never say good bye. Selama miss berkawan dengan sahabat miss yang lain tak pernah miss ucapkan good bye pada dorang. Sebab miss rasa bila kita good bye pada dorang itu bermaksud kita akan tinggalkan dia untuk selamanya. Kemungkinan tak dapat jumpa lagi. Hmm tapi adakah benar? Hmm miss tak pernah ucapkan selamat tinggal pada someone i really love..my best friend. I know miss takkan jumpa dia lagi untuk sekalian lama. Tapi kitorang masih berhubung. Hmm tapi dah tak serapat dulu kan. Ye lah sekarang dia ada hidup dia sendiri miss pun ada hidup sendiri. Masing-masing ada haluannya sendiri. Bila miss fikirkan semula miss rasa sedih sangat sebab miss dah kehilangan kawan baik miss yang terbaik didunia. Malangnya iaye hanya masa silam. Kita perlu majukan.

Hmm but untuk best friend yang ini miss rasa miss perlu say good bye to him. I know he found a new partner and he forgot about me. Maybe i just a boring person that cannot make he laugh. I know i not a pretty woman in the class. And i know i not a clever once. Just tell the truth guys. Just looking at him i really hate him. So good bye geng. I cannot do it anymore.

Hmmm so just nie jer lah miss nak story kat korang. Sad story right

Wednesday 12 August 2015

Kejujuran dalam setiap perkara

Assalamualaikum alhamdulillah bertemu kita lagi yep haha nampak tak calon ustazah ini berkata-kata. Katanya nak jadi ustazah tapi diri sendiri tak terus lagi haha. Berubah sedikit demi sedikit kan.
Entry malam malam buta macam nie adalah kejujuran. Maaflah sempat update entry pada malam hari. Siang hari sibuk memanjang. setiap orang dalam muka bumi milik Allah ini tidak terlepas melakukan dosa. Tidak kira lah dosa kecil ataupun dosa besar termasuk lah menipu. Adakah menipu itu baik?adakah menipu itu membawa kebaikan?semestinya tidak bagi miss. Apa yang baiknya jika kita menipu. Malah keberkatan jugak tidak akan dicurahkan kepada kita.
Sepatutnya kita seharusnya jujur dalam setiap perkara. Tidak kisah lah walaupun untuk kebaikkan. Jujur itu penting dalam setiap segi. Perhubungan jugak memerlukan kejujuran. Jika kita tak jujur bukan kah ia akan menimbulkan kesangsian. Tetapi jika kita jujur bukankah hidup kita diberkati Allah. Bukan itu sahaja masyarakat juga akan mempercayai kita.
Apa akan jadi jika kita terus menipu?dibenci Allah sudah tentu. Hilang kepercayaan masyarakat. Walaupun kita bercakap benar,orang tak akan mempercayai kita lagi jika kita pernah menipu orang. Miss jugak pernah kene di tipu memang sangat menyakitkan you know. Rasa macam dikhianati pun ada jugak.

Hihi miss tak rasa nak story lebih panjang sebab ini menyebabkan sensitivity orang ramai. Okay lah sampai sini sahaja entry kali ini.

When it come to me i can't look back anymore

Monday 10 August 2015

Lahir menjadi seorang Islam

Assalammualaikum hai pembaca blog ini rindu Miss tak?haha sibuk lah dah tak sempat nak blogwalking macam dulu nak aktif macam dulu pun dah tak boleh. Nak trial punya pasal. Result masih teruk lagi nie haha. Nak study pun tak selesa nyahh haha.

Tajuk entry kali ni lahir menjadi seorang islam. Islam... hmmm islam how to be a islam person? Adakah menjadi islam hanya dengan solat?adakah menjadi islam hanya setakat membaca al-quran?adakah menjadi islam hanya dengan membaca doa? Dengan cara itu kita sudah menjadi islam? Jawapannya TIDAK!!!!
Islam bukan hanya itu sahaja. Islam adalah agama yang penuh keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Islam mengajar kita cara untuk mengingati penciptaNya. Islam mengajar kita erti hidup bertamadun. Kemunculan tamadun islam yang wujud sekalian lama telah banyak mengajar umat manusia erti hidup sebagai contoh kerajaan abassiyyah yang telah membangunkan dalam memajukan pelbagai bidang mengikut ajaran islam. Inilah yang dikatakan islam.

Sebaliknya dalam zaman ini, penganut agama islam tidak lagi mengikut ajaran dan perilakunya sebagai seorang islam. Terdapat banyak pencabulan islam di sana sini. Yang muslim melakukan maksiat yang muslimah menunjukkan aurat. Adakah ini namanya islam? Ini kah lahirnya seorang islam? Mana perginya semangat juang kita? Mengapa kita perlu mengikut aturan teknologi dan fesyen sehingga kaum yahudi boleh mempermainkan kita? Nauzubillahimminzalik jauhkan perkara daripada diriku yang sentiasa hilaf ini ya Allah.
Zaman ini telah kembali ke zaman jahilliyah. Manusia diluar sana telah membunuh sesama sendiri. Sedihnya dunia ini... inikah pengakhiran seorang islam?

Malangnya tidak. Islam takkan hilang. Satu hari dunia ini akan kembali jatuh ke tangan islam. Islam akan memerintah dunia ini. Saat itu di dunia ini tiada lagi yahudi, tiada lagi kafir yang ada cuma islam. Sinar kegemilangan akan menyinar ke seluruh dunia.

Sampai disini sahaja lah entry kali ini..tq membaca blog nie alhamdulillah