Wednesday 26 November 2014

Hidup mesti Senyum

Assalammualaikum rakan blogku,
dalam hidup korang mesti ada sedih dan ada gembira.
Kadang mungkin kita akan sedih sampai tak ingat dunia.. Biasa lah kita sebagai manusia mesti ada emosikan..
Miss Unknown pun pernah sedih sampai nak mati hahahahha faham-faham jer lah

So,now Miss Unknown nak bagi tips untuk korang sentiasa tenang dah bahagia dunia dan akhirat.
penawar untuk tenang :



 1. Rasa gembira dan tenang dalam kehidupan. Itu yang kita selalu dambakan. Hakikatnya bukan harta yang banyak, pangkat yang tinggi, wajah yang cantik, dan apa-apa lagi kelebihan lain yang menghasilkan rasa gembira dan tenang dalam kehidupan. Benar, walaupun ia punya kesan, tapi tidak lama dan tidak sesekali sama. Bahkan ia mengundang rasa tidak selesa, sentiasa tidak puas dan cukup. Rasa kosong, seolah umpama merasa nikmat ketika makan dan lalu membuang air. Begitulah hakikat waktu ke waktu seterusnya. 

2. Demikian bila segalanya tidak dikaitkan dengan Allah swt. Tidak diserahkan kepada Tuhan yang menciptakan dan telah menganugerahkan berbagai nikmat kepada kita. Perasaan sedih, gembira, tenang, dan resah. Segalanya dari Allah swt. Allah swt menghendaki perasaan ini berputik dalam hati kita, maka berputiklah ia. Mengikut ketentuan dan hikmah dari Allah swt. Kita buat baik, hati rasa gembira, tanda redha Allah. Kita buat dosa, hati rasa gembira, tanda murka Allah. Kita buat baik, hati rasa sedih, itu ujian Allah. Kita buat dosa, hati rasa sedih, itu kasihnya Allah.

3. Kadang kita melihat mereka yang susah dan bersederhana hidupnya. Kadang seolah tak munasabah dengan kegembiraan dan ketenangan yang dikecapinya. Begitulah kita melihat mereka yang kaya dan serba mencukupi hidupnya. Kadang seolah tak munasabah dengan keperitan dan gangguan yang dilaluinya. Keadaan ini sudah memadai untuk direnungi. Bahagia dan derita itu dari Allah. 

4. Ia datang dari Allah, maka dari Allah kita perlu panjatkan. Semua perkara datangnya dari Allah. Nabi saw diuji dengan kesedihan. Allah swt mengembirakan. Beruntunglah mereka yang menyerahkan segala jiwanya kepada Allah. Yang meyakini semutlaknya ketetapan Allah. Demikian perintah Allah, kita jaga sebaiknya. Kita buat yang disuka dan usaha jauh yang dilarang.  

5. Kitab Al-Quran, kitab Allah. Milik, dari Allah swt. Dengan sering membaca dan menghayatinya juga. Mampu meleraikan segala keresahan, kesakitan dan kebencian dari hati kita. Sebelum ini hati kita sering bila tertekan, gelisah, dan rasa serabut. Lalu kita berusaha mencari jalan untuk menyembuhkannya. Jalan itu kadang pasti dengan kelalaian dan menjurus kepada jalan dosa. Al-Quran adalah ubatnya. Mungkin agak sukar dan tiada juga kesan. Namun ia bilamana hati sentiasa sudah dibersihkan dengan taubat dan amal soleh, tiada kejahatan lain, dan dihambakan diri sepenuhnya pada Allah. InsyaAllah, rutin membiasakan bacaan dan menghayati Al-Quran wujud kesannya. Kita akan sentiasa dapati bilamana waktu hadirnya masaalah, tekanan, kita terus ingat untuk membacanya, terus ingat kerana aku belum membacanya. Ia hanya dengan sering baca dan hayatinya, inilah kitab Mukjizat. Firman Allah swt: 

(iaitu) orang-orang yang Beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra'd 28) 

 Gementar kerananya (Al-Quran) kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. (Az-Zumar 23) 

 Sesungguhnya orang-orang yang Beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, (merasa takut, gerun dan menjurusnya taat suruhan dan tinggal larangan Allah) dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), (kerana benarnya) dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal (bergantung, menyerahkan segalanya). (Al-Anfaal 2) – Tafsir ibn Kathir. 

hanya ini lah yang boleh Miss boleh kongsi:

 

 

Kemanakah Arah Kita?




Fenomena hero dan heroin korea menghantui remaja ketika ini.derasnya arus gelombang K-POP sehingga negara kita sendiri terpanggil untuk mengundang artis dari negara korea mengadakan konsert mereka. Kegilaan remaja pada ketampanan hero yang tinggi lampai berwajah comel ditambah gaya baju yang berwarna warni ,gaya rambut yang dianggap berstail berjaya berjaya mengugat hati-hati wanita. Kecantikan heroin korea bersama kast but yang dipakai mereka membuatkan terpekiknya sesiapa yang melihatnya.
Ditambah pula jalan cerita korea yang mempunyai taring tersendiri.entah berapa ramai yang menggugurkan air mata ketika menyaksikan terpisahnya hero dan heroin. Diselit pula lawak spontan serta kombinasi watak manja dan kasar heroin. Disambut pula oleh hero yang penuh dengan gaya maskulin idaman sema wanita.
Nama-nama seperti Goo Jun Pyo ,Jeon Jin Ho,Lee Min Hoo dan ramai lagi menjadi b7ualan para remaja sekarang. Malah dalam sedar atau tidak ia juga meragut jiwa-jiwa yang selama ini berpegang teguh dengan kehidupan islamik mereka. Walaupun bertudung litup sekalipun tidak terlepas daripada tergugat dengan penangan aura dunia “KOLLYWOOD”.
Lelaki yang jelas kejantanannya trt mengusap air mata dihadapan skrin komputer , namun kegilaan itu lebih jelas di sisi remaja perempuan. Malah ada sebahagian mereka memuja dengan memenuhkan sema gambar artis korea mereka di muka depan facebook dan twitter sehinggalah yang ditampal di dinding bilik. Ada yang sanggup pergi ke bandar semata-mata membeli majalah K-POP untuk di jadikan koleksi.
Ada segelintir remaja ditanya mengapa mereka sukakan drama korea?lalu dijawab “dia sangat cute dan handsome”. , sorang lagi kata “suara dia sedap!” , “kami teruja dengan ketampanan hero dia”. Bila ditanya pula,bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki tampan? Jawapan yang diterima ialah, “kami tiada masalah apabila melihat lelaki berbanding lelaki yang wajibkan menundukkan pandangan kerena mereka lebih terdedah kepada godaan bila melihat perempuan!”.
Benarkah kenyataan demikian? Adakah benar ia bertetapan dengan agama. Mari kita koreksi semla dari sumber agama. Memang benar ayat suruhan menundukkan pandangan itu diturunkan untuk lelaki pada surah an-Nur  ayat 30. Namun jangan kita terlupa akan sambungan  ayat berikutnya yang ALLAH menyuruh agar perempuan juga menundukkan pandangan mereka.
Hal ini jelas terbukti bahawa tidak dibezakan antara lelaki dan perempuan. Dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: “dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),dan memelihara kehormatan mereka”.
Berbeza pula kepada perempuan yang menggoda Nabi Yusuf a.s. perempuan itu melihat Nabi Yusuf a.s. dengan penuh perhatian. Ketampanan Nabi Yusuf a.s. memukau kelopak mata daripada berkelip. Akhirnya , dengan pandangan seorang perempuan munculnya keinginan syahwat yang meledakkan nafsu sehingga terkoyak belakang baju Nabi Yusf a.s.
Bukankah ini membuktikan perempuan juga mampu tergoda dengan kuasa mata?tidak dinafikan memang benar lelaki itu lebih berbahaya. Keinginan lelaki itu lebih pantas impulsnya. Namun untuk menafikan perempuan tidak tergugat dengan sekali pandang belum tentu jaminannya.
Artikel ini bukanlah menggesa sema perempuan secara terus menukar  ‘wallpaper’ dan profil di facebook dan twitter dengan gambar pokok atau bat semata-mata. Bukan juga mengharamkan kita semua terus meminati artis korea pujaan kita. Tetapi sekadar renungan bahawa mata itu satu sinergi pembawa gelora. Tanpa membezakan sebarang jantina.
Ayuh bersama meminati ibu dan ayah kita. Merekalah hero dan heroin kita sepanjang zaman. Kisah drama kehidpan mereka memelihara kita lebih hebat dan menggugurkan air mata. Tanpa perlu berhadapan dengan komputer , wajah ‘box office’ mereka sudah mampu membasahi pipi kita. Sama-samalah kita renunginya.

Penulis artikel: Mahfuzah binti Bakri

Sunday 2 November 2014

JDT kalah hari ini

assalammualaikum
hai
malam tadi perlawanan Bola sepak antara JDT dengan Pahang.
ramai yang datang ke kedai mamak semata-mata nak tengok bola  hahaha
Boleh pulak semua member Miss datang sekali kat kedai mamak tu ..ajak kita sekali pulak tu

walaupun Miss jugak peminat bola..Miss tak ada lah sampai tengok kat kedai mamak sebab Miss tak boleh keluar rumah malam..
tolong larh tengok kat rumah pun dah betul.

Agak ganas juga perlawanan malam tadi..habis semua barang Miss, Miss campak kat bawah..
biasalah tekanan masa tengok bola hahahaha
sambil-sambil tu Miss makan hahaha
JDT kalah sebab hanya sedikit kesalahan Mat Yo, alah biasa lah tu tak semua benda boleh perfect right?
JDT dah buat dengan baik malam tadi so tak sia-sia jugak dorang berlatih.
Miss pun sedih bila melihat Mat Yo sedih kekesalan.
tahun depan ada lagi so berusaha lagi ye JDT...

tapi yang tak best ye bila melihat peserta daripada Pahang..main ganas sangat sampai ramai juga yang tercedera.
Miss dengar ada rusuhan peminat...
alahai rilekk lah tak payah nak gaduh-gaduh..bukan korang pun yang main...
tak payah nak ANTI sangat eaaaa...nak sokong tu boleh tapi jangan nak melebih

kemungkinan jugak perlawanan bola sepak tak dapat di tonton secara LIVE sebab benda yang berlaku nie...
so pasrah jer lah.

okay lah tu jer nak kongsi hari nie GOOD BYE2
kita jumpa lagi....

Saturday 1 November 2014

assalammualaikum dunia


assalammmualaikum
hai
Miss Unknown pengguna baru dalam blogger nie
masih baru.
cerita pun sikit-sikit jer...
harap2 banyak lah follower huhuhu