Sunday 21 December 2014

MY IDOL’S HELIZA HELMI



                                              
assalammualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca blog ini walaupun tak ada follower lagi hihi..

Kebanyakan remaja sebaya Miss Unknown (umur Miss baru 16 tahun okay..tak tua lagi) lebih meminati sehingga menjada idola seperti artis yang terkenal seperti Siti Nurhaliza,Forteen dan macam-macam lagi  yang ada di Malaysia ni. Tak lupa juga ada yang menjadikan  artis luar negara,seperti K-POP yang telah mempengaruhi seluruh minda remaja sebagai idola mereka. Miss pun salah seorang peminat K-POP huhu. Dah nama pun remaja mestilah minat perkara yang tidak berfaedah.  Yang tak minat K-POP pula , para remaja meminati kumpulan penyanyi luar negara yang telah meragut jiwa raga para remaja termasuk Miss seperti ONE DIRECTION. Miss pun ada idola juga tau. Idola Miss adalah Heliza Helmi.

 

Miss menjadikan Heliza Helmi sebagai icon kehidupan Miss kerana (dah macam karangan huhu) sifat keperibadian Heliza Helmi itu sendiri. Bukan sebab dia cantik atau dia seorang artis tetapi dia seorang yang lemah lembut daripada segi percakapan , cara dia berkomunikasi dan cara dia menyampaikan sesuatu dakwah. Miss suka melihat senyumannya yang manis ketika bercakap dengan orang lain. Bukan itu sahaja, Heliza Helmi juga telah memberikan Miss inspirasi untuk menulis entri yang baru. Setiap kali melihat beliau di kaca televisyen, Miss rasa nak berubah untuk menjadi yang lebih baik daripada sekarang. 

Heliza Helmi juga sering berkongsikan ilmu yang dimiliki kepada semua teman-teman seperjuangannya. Beliau juga mengajak semua rakan artisnya ke kelas agama. Beliau bukan sahaja berdakwah bahkan beliau mengajak orang ramai mendalami ilmu agama. Perkara itu yang membuatkan Miss lebih meminati beliau. Keperibadian yang paling membuatkan Miss lebih tertawan (Miss bukan lesbian tau) beliau sanggup menolong orang yang mengalami kesusahan walaupun merbahaya , ketika beliau pergi ke Palestin. Miss pun tak berani nak pergi ke sana kerana berlaku serangan Israel yang di laknat Allah.
                                       

Konklusinya,kita mestilah mempunyai seorang icon yang boleh kita contohi dalam kehidupan kita. Bukannya meminatinya kerana paras rupanya tetapi dengan keperibadiannya yang kita harus contohi. Sekian sahaja penceritaan saya tentang idola saya. Okaylah  sampai disini sahaja perkongsian saya terima kasih kerana membaca blog ini. Good bye dan assalammualaikum.


Thursday 18 December 2014

fesyen colour block



Assalammualaikum  semua..
Apakah awak semua fikir semasa memilih baju? Mesti warna nya ye kan?tak pun baju yang mana sesuai.. mesti awak semua pernah dengan colour block kan? Sekarang semua pakai warna warni dah macam pelangi pun ada juga.

revolusi K-POP tengah menguasai dunia sekarang. Kalau kita pergi shopping mall kita akan lihat warna baju,seluar dan kasut di pakai mengikut warna berbeza.
Maksud saya dengan warna berbeza ialah seperti pakai baju warna pink then seluar pakai warna putih.. kalau dahulu orang akan pakai seluar jeans berwarna hitam sekarang ni orang pakai jeans warna warni dan pelbagai corak ,right?
Sebenarnya dari dahulu lagi fesyen colour block dah wujud Cuma sekarang baru popular. Kalau kita tengok kat luar sana orang hentam jer pakai warna apa sampai jadi badut. Ada yang kat luar sana tak yakin dengan pakaian yang digayakan, takut diketawakan.

 

                 


Hari ni Miss Unknown nak kongsi kan macam mana nak pilih pakaian mengikut warna  yang sesuai.
First semasa awak semua pilih baju contoh ye awak ambil warna oren.. biasanya orang tak ambil warna oren sebab warnanya menyerlah sangat .. then jika awak pakai tudung awak mesti lah pakai tudung berlainan warna dari baju, awak boleh amik tudung berwarna krim. Ia mungkin akan menggelamkan warna oren pada pakai awak.(amaran jangan sesekali mengambil warna tudung yang akan membuatkan fesyen colour block awak tak menjadi like merah,kuning,hijau). Jika diantara kita yang tidak bertudung awak boleh memakai accessori seperti cekak rambut yang berwarna lebut seperti putih. After that, warna yang sesuai bagi seluar pulak harus lah berwarna putih supaya pakaian dan tudung/accesori awak semua nampak menyerlah dan kelihatan lebih ceria.

 

Tips daripada Miss Unknown is bila pakaian kita berwarna terang tudung dan acessori mestilah berwarna gelap supaya tarikan pada wajah kita lebih kelihatan.

Saturday 13 December 2014

Jom berkongsi: maksud selfie dan keburukannya



 Assalammualaikum kepada pembaca blog ini


Hihi sejak kebelakangan ini kita sering mendengar perkataan ‘selfie’ tak kira daripada usia remaja hingga 40 an pun ada hahah.. Selfie merupakan antara budaya paling digemari oleh ramai remaja masa kini dilaman sosial. Di Malaysia boleh dikatakan 80 peratus remaja menggemari untuk ber “selfie” tanpa mereka sedari.
 
‘selfie’ ini kita akan dapat lihat dimana sahaja tak kira masa..kerana ‘selfie’ ini ada lah trend masa kini. Kita yang berada di zaman teknologi juga perlu mengikuti nya ,tak payah cakap pun dah ikt hahaha....

                                                

Okay sekarang mari kita baca apa itu ‘selfie’
Selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, like dan sebagainya.


Okay lah kita sudah faham maksud ‘selfie ‘ kan? Pelbagai cara dan sudut boleh dilakukan untuk ‘selfie’. Hanya dengan menggunakan monopod kita boleh melakukan ‘selfie’. Apa yang kita lihat gambar-gambar ‘selfie’ ini pastinya ia menggunakan gajet yang mahal seperti smartphone yang mempunyai kelengkapan kamera dan juga aplikasi untuk edit gambar seperti Camera 360. Pasti ramai yang menggunakannya....sekarang orang dah tak pakai camera digital untuk bergambar..sebab smartphone dah menyediakan segalanya.

‘selfie’ juga mempunyai keburukkan nya jika kita tak mengurangkan penggunaannya. Mari kita lihat pula keburukkan ‘selfie’
Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular ‘selfie’ boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.


Sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.
Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan.
Kita sudah mengetahui maksud dan keburukkan ‘selfie’ right? So kurang-kurangkan lah ber ‘selfie’ .. nasihat ini bukan hanya untuk saya tapi untuk kita semua.. nasihat kebaikan mari kita kongsikan untuk mengelak keburukan akan datang. Good bye assalammualaikum.