Saturday 19 December 2015

mood dalam lagu


semakin hari semakin kurang mengupdate blog ni. idea kat kepala ni tak keluar tu yang dua hari sekali jer update. kalau terasa nak buat entry baru, baru lah nak update kalau tak asyik mereput jer kat rumah ni sambil makan kuaci.

lagu.. semua readers dengar lagu kan. mesti kat dalam fon or dalam mp3 penuh dengan lagu. tak kesah lah lagu genre apa jer. korea ke melayu ke inggeris ke..tak pun hindustan (hahaha) mesti tetap ada. kalau yang minat korea itu mesti banyak mendownload or bluetooth or yang sewaktu dengannya.


mood ni kekadang dia terikut dengan lagu tau. lagu yang diperdengarkan kekadang membawa mood. sebab itu kekadang orang yang tengah putus cinta pasti dengar lagu sedih sebab baru jer kene tinggal tu yang dengar lagu sedih memanjang. tapi bila kita hangat bercinta or couple mesti kita dengar lagu yang sweet-sweet. kalau tidakpun mesti kalau kita gembira kita dengar lagu rock ataupun rancak. biasalah mood ni kan pelbagai itu yang kalau dengar lagu ni sampai terbawa-bawa perasaan tu.

contohlah kita dengar lagu korea kan.. contohnya lagu destiny by infinite lagu tu rancak confirm lah kita akan joget or menari sekali. kekadang terikut sekali dorang ni menyanyikan. so, mood kat situ pun nampak gembira and takkan sedih kan. kalau nak lepaskan stress pun boleh hahaha.. (joget macam orang gila). lagu korea pun memang banyak. tapi miss suka lagu yang rancak-rancak ni kalau lagu korea lah.

bila kita amik lagu inggeris pulak mesti kebanyakkannya lagunya sweet-sweet gitu. kebanyakkannya macam tu lah lagunya sweet banget haha. contohnya macam lagu locked away. lagunya memang sweet miss suka sangat lagu tu. sampai buat miss nak bercinta kembali haha. ayat perh klise betul. mood dengar lagu pun berbunga-bunga wey. terasa bahagia pabila menyanyi.

kalau lagu melayu or indonesia pasti kebanyakkannya semuanya sedih-sedih.cuba tengok orang tengah bersedih pasti bukak lagu melayu or indonesia yang sedih. pasti berderai air mata. meleleh hingus hijau huahua. ye lahkan mood sedih tu dengar lagu pun sedih.

lagu-lagu ini lah yang memainkan peranan dalam handle mood ni pabila membuat observation (perh manyak speaking i hari ni) contoh lah kita tak nak sedih confirm lah kita dengar lagu yang ceria and happening kan. kalau orang tengah fade up confirm pi karoeke baru rasa lega and feeling better kan. okay lah sampai situjer entry kali ni...

Thursday 17 December 2015

Semakin Resah dengan Result SPM


hello readers...wuuuuuwaaaaa lama tak update entry baru. tak ada idealah akhir-akhir ni. lagi satu mood pulak tak ada nak buat entry. holiday macam ni memang boring sebab semua sibuk nak pi holiday pun payah, so memang sukar bagi saya menggembirakan diri. setiap hari adalah kerja. sejak dah tak sekolah and dah tamat sekolah ni kerja saya hanya kemas rumah, sapu rumah siram bunga and masak sahaja. lain kerja melantak tv (cerita drama korea) sambil makan popcorn tambah tidur sekali. tu jer lah kerja miss. dah macam ibu-ibu, para isteri pulak gayanya.no feeling nak buat apa-apa. nak kerja tapi tak ada transport pulak nak pi kerja biasalah anak manja macam miss ni memang banyak kesukaran daripada kesenangan. so kita makan, tidur, berak jer lah kat rumahnya. dah banyak sangat miss merepek sambil makan kerepek nie.

miss memang akhir-akhir ni memang agak resah sikit bukan sikit lagi memang resah gila. banyak dengar pasal result spm ni. macam-macam sampai depress miss dibuatnya. ye lah kan nak amik result lepas tu ibu pulak cakap yang pelik-pelik kalau tak dapat straight A's. banyak sunggu tekanan sampai tak lalu nak makan. tak ada mood nak tengok tv.  tak lena nak tidur. pelbagai lah. miss dengar ramai yang tak lulus sejarah and bahasa malaysia. benarkah? katanya dah disiarkan di astro awani. makin lah tertekan. serius ni soalan memang susah tapi masih boleh jawab lah. bila dengar berita yang macam ni tahap keyakinan terus jatuh merundum.

ada yang lagi best, result spm diumumkan awal iaitu 23 januari 2016. cepat sungguh. terlalu banyak spekulasi yang disiarkan di laman sosial yang buat miss bertambah tertekan plus gila tentang result miss. nak sambung study lagi macam-macam. buat hidup miss langsung tak aman. asyik fikir jer benda tu. spekulasi yang disebarkan itu menyebabkan ramai yang kecoh seperti kepochi and menjadi lebih huru hara seperti esok sudah tiada.

miss nie pun hanya tawakal and banyak berdoa untuk menghilangkan resah di hati miss. insyaallah kalau kita sudah berusaha pasti akan berjaya kan. amin insyaallah.

Monday 14 December 2015

berani menempuh segala cabaran


spm sudah pun berakhir. tidak disangka-sangka yang kini aku bukan lagi seorang pelajar sekolah menengah bahkan aku bukan lagi seorang kanak-kanak kecil yang berlari bertempiaran melarikan diri daripada dipukul. budak lepasan spm ini tidak berbuat apa-apa selain melihat laptopnya di rumah. melihat pemandangan sambil mengenang masa akan datang. hidup aku kini seperti lifeless nothing happen nothing want to do and soooooo boring.  aku rasa aku lah yang paling lifeless dalam kalangan kawan-kawan aku yang lain hahaha.

berhentilah mengarut...

tajuk entri berani menempuh dugaan. sebagai budak lepasan spm mestilah kita kena keluar mencari pengalaman kan? seperti bekerja. yang kita tahu dunia pelajar sekolah berbeza dengan dunia orang-orang dewasa. sebagai seorang yang baru dewasa ini kita mestilah berani mencuba segalanya. jangan lari jika kita ada masalah. jangan pernah sia-siakan hidup untuk berkahwin dengan pasangan. jika boleh pergilah merantau ke tempat yang jauh seperti peribahasa melayu ' jauh perjalanan luas pemandangan'. dunia dewasa ini memang mencabar. banyak masalah untuk difikirkan oleh mereka yang dewasa.tiada yang senang di dunia ini. lagi-lagi dalam bab nencari duit.memang sukar bahkan tak tahu sampai bila perkara ini akan berlanjutan.

apabila kita keluar daripada budak lepasan spm , kita perlu tahu yang kita mesti kuat dari segi mental dan rohani. menghadapinya agar hidup kita tidak menjadi terlalu drastik mengikut peredaran dunia (kejutan budaya). apa yang pasti kita kena berani menepis semua anasir menjadi cabaran kita. hidup di dunia ini tak lama pasti ada yang pergi. jadi kita buatlah aktiviti yang kita ingin buat. kita nikmatlah semuanya agar tidak menyesal. menceburi semua perkara ada sesuatu yang baru untuk kita.

jadi kita mesti lah berani menempuhi cabaran. memang kekadang ia pedih tetapi kita kena jugak tempuh semuanya. insyaallah kita akan berasa puas.

Wednesday 9 December 2015

pengalaman terindah- kakiku digigit lipan

                                         

 wow hari ini yang paling miss takkan lupalah. yang semestinya miss akan lebih berhati-hati apabila memijak lantai. memang tak disangka.

ceritanya mulanya macam nie, miss tengah sedap pi tengok drama korea ' the time we not in love'  tongah sodap tonton tv tetiba si abang miss nie panggil miss. miss pi lah congok mat depan pintu. tetiba miss rasa ada benda yang gigit bawah tapak kaki miss. miss ingat semut api tau. mula-mula tu tak sakit sangat. makin lama makin sakit kaki miss. miss angkat lah kaki terkejut sampai terkentut miss tengok lipan kat bawah kaki. dia dah gigit kaki miss dia lari kaki sebelah then gigit kaki miss lagi. perh sakit dia hanya Allah sahaja yang tahu.hampir tergolek miss sebab sakit. miss menjerit panggil 'LIPAN LIPAN!!!' dah macam orang gila you know. lipannya tu tak ada lah besar tapi bila dia gigit sakit sangat.

yang paling tak boleh belah. adik and abang miss biarkan jer..cari lipan ye sekejap jer lepas tu baring macam tak ada pape berlaku. hmmm hampeh betuii. ibu miss yang sapukan minyak kat kaki miss. mula-mula tu sakit lepas tu gatal pulak hahaha. nak garu nanti sakit balik pulak kang.

akhirnya setelah 30 minit berlalu sakit dah kurang yang tinggal hanya kesejukkan minyak urut huhu. itu sahaja cerita lipan hari ini. miss takut nak masuk bilik tidur adik and abang miss sebab lipan ye tak dijumpai lagi. kalau jumpa miss bunuh sampai mati hahaha ketawa jahat.

Monday 7 December 2015

bestfriend sepanjang hayat



huuuuuyaaaaa finally exam spm dah habis. alhamdulillah habis jugak dugaan and cabaran yang miss terima. sekarang berdebar tunggu result jer lah. risau gila kot. dah lah jawab macam taik hahaha.hari-hari terakhir ni lah lepak dengan member-member semua. memang lah sedih tapi nak buat macam mana itu yang terakhir. it's okay asal seronok jer. penuh dengan dugaan dalam hidup kita ni.

kasih sayang kami takkan terpisah beb. itulah yang miss rasa sekarang nie. diorang nie lah yang tolong miss masa miss dalam keadaan huru hara. tolong miss dalam homework semua. ingatkan miss buat apa yang perlu. kitoeang juga ada impian tau..katanya nak bukak bakery M.E.R.S insyaallah kalau ada rezeki itu lah kami buka. semoga persahabatan ini until jannah. mereka inilah yang akan bawa aku ke syurga kelak.

setiap daripada kami banyak perwatakan. ada yang suka melawak,ada yang blur blur, ada yang spoting banyak sangat perwatakkan kami ini. yang paling penting mereka inilah yang memahami dan banyak membantu time saat susah.dorang nie yang selalu karok bersama. tengok wayang bersama. gelak pun bersama. semuanya bersama. saat indah time itu. bila lagi dapat buat begitu... insyaallah kalau ada masa kita enjoy lagi hahahaha

insyaallah insyaallah insyaallah jika ada jodoh mereka inilah yang akan jaga dan berkawan dengan miss sehingga akhir hayat.

Friday 4 December 2015

korean drama The Village- kasih sayang yang tidak akan putus



korang ada tengok tak drama korea The Village? siapa-siapa yang minat korea pasti akan menontonnya. kisah  The Village itu mengisahkan seorang adik (Han So Yoon) yang mencari rahsia kematian kakak angkatnya setelah mendapat surat daripada kampung Achiara. hal ini merupakan penglibatan seorang yang kaya dikampung tersebut. Han So yoon bertemu seorang polis untuk membantunya dalam mencari rahsia tersebut. itu sahaja alkisah The Village hihi.





tanpa disedari drama tersebut memberikan pengajaran kepada miss sendiri. rupa-rupanya rahsia yang disimpan itu adalah kasih sayang seorang anak yang terlalu rindu akan ibu kandungnya. pada penghujung cerita ini, ada scene yang menayangkan seorang anak sanggup datang berjumpa dengan ibunya yang tidak pernah menganggap dia sebagai anak. kerana hal itu, anaknya mencari ayah kandungnya untuk membuktikan kesalahan yang pernah dibuat sebelum ini. akibat terlalu sayang akan anak, dia sanggup datang ke tempat silamnya semata-mata untuk menyelamatkan anaknyadaripada diapa-apakan.

begitu lah kisahnya. sadiskan.kalau nak tahu selanjutnya kene menonton. betapa besarnya kasih sayang terhadap anak dan ibu sehingga sanggup menyerahkan nyawanya demi menyelamatkan orang yang tersayang. kasih sayang antara anak dan ibu takkan boleh di pisahkan walaupun beribu batu jauh terpisah. walaupun betapa pahitnya memori itu kasih sayang tetap dapat dialirkan. indahnya hubungan ibu dan anak. banyak pengorbanan yang disalurkan oleh seorang ibu demi anaknya. sebab itu Allah telah perintahkan kepada umat islam agar menghormati ibu,ibu, ibu dan ayah kita. kerana mereka lah kita wujud di dunia ini. kerana merekalah kita bernafas hari ini. kerana mereka kita berjaya hari ini.

sayangi lah mereka selagi masih ada. jika sudah pergi,banyakkan doakan kepada mereka bagi menyinari kediaman mereka di sana.

revolusi kanak-kanak

 
revolusi kanak-kanak. dalam pemerhatian miss lah kan, kanak-kanak pada masa dahulu berbeza berbanding pada masa kini. terlalu jauh perbezaannya sehingga miss sendiri terkejut hampir terkentut bila melihatnya dengan mata kepala sendiri.kanak-kanak bukan macam dahulu hanya mendiamkan diri. sekarang kanak-kanak banyak bercakap.

dahulu kalau kita lihat kanak-kanak, suka main masak-masak, main pondok-pondok,main guli main ting-ting banyak lagi lah kalau kita semua perasaan. tetapi kanak-kanak pada masa ini kalau kita nampak permainannya ada lah tab,komputer, telefon pintar dan pelbagai gajet lagi lah. kanak-kanak yang berumur 2-5 tahun sudah pandai bermain game online seperti Clash of Clan (COC). wauu menakjubkan bukan? bayangkan tangan yang comel itu memegang peralatan elektronik itu. bukan itu sahaja, kanak-kanak seperti ini berkemungkinan besar akan menonton video prono yang mungkin akan meningkatkan tahap masalah sosial di negara ini pada masa hadapan.

bagi kanak-kanak yang berumur 11-14 tahun sudah pandai pergi karoeke. bukan kah tempat sebegitu  selalu dilawati oleh golongan dewasa yang sudah mencecah umurnya pada tahap dewasa? pada umur sebegitu mudah bukan kah sepatutnya mereka duduk dirumah dan belajar atau menolong ibu bapa mereka? bukan itu sahaja mereka juga pergi ke kawasan itu tanpa pengawasan ibu bapa. bukan kah hal sebegini akan menimbulkan masalah?
jikalau ada sesuatu yang terjadi siapa yang mahu bertanggungjawab terhadap kanak-kanak tersebut?

hal ini berpunca daripada ibu bapa mereka yang tidak prihatin terhadap anak-anak mereka yang masih kecil. kerana terlalu banyak memikirkan kerja mereka,anak-anak mereka pun tidak dipedulikan. tanpa pengawasan ibu bapa, kanak-kanak akan menjadikan minda mereka semakin terbuka kerana tiada langsung amaran dan peraturan daripada ibu bapa mereka. di sini lah salah satu permulaan bagi gejala sosial. membiarkan anak-anak mereka yang masih kecil,yang baru ingin melihat dunia keluar berseronok dengan kawan-kawan tanpa pengawasan orang dewasa.

tonton sahaja televisyen pasti ada kes buang bayi,dadah dan sebagainya yang melibatkan remaja. mula daripada kanak-kanak lagi sudah mencapai tahap bebas, apatah lagi sudah dewasa. cuba tonton televisyen, pasti ada berita mengenai kanak-kanak yang menunjuk-nunjuk menghisap vape. apakah tujuannya itu? dimanakah ibu bapa mereka? mengapa mereka melakukan perkara tersebut? hal ini kerana ibu bapa tidak prihatin terhadap anak mereka sehingga menjadikan anak-anak mereka terlalu bebas.

inilah realiti dunia pada masa ini. inilah yang dikatakan revolusi kanak-kanak. inikah yang dikatakan dunia maju? inikah yang dikatakan generasi kini akan membangun. silap sama sekali.. jika perkara ini berterusan negara pasti akan musnah.
jadi ubah lah segalanya demi masa hadapan.

Thursday 3 December 2015

membaca is awesome


Siapa tahu membaca banyak memberi manfaat kepada kita. terlalu banyak sampai tidak boleh dikira. kita dapat membaca ini melalui pelbagai kaedah seperti membaca entri miss ini (haha berseloroh sekejap).
membaca ini boleh dikatakan awesome. kalau tak baca macam mana kita tahu arah jalan pada signboard jalan. tak pun maklumat yang diberikan oleh telefon pintar. sekarang pun kalau nak makan pun kena membaca juga. tak percaya? kalau nak order makanan mesti kita kena baca menu kan? so membaca ni kepada umat manusia sangat penting. membaca inilah adalah satu permulaan evolusi manusia maju ke hadapan. cuba kita lihat negara maju yang lain, mereka sangat suka akan membaca tak kisah lah membaca apa sahaja,suratkhabar ke,handphone ke, buku ke,,, sebab itu lah negara mereka sangat maju berbanding kita kerana sikap mereka yang sangat cintakan ilmu pengetahuan.


Image result for membaca

walaupun hanya membaca sedikit maklumat, tetapi kesannya terlampau banyak. contohnya, dengan hanya membaca sepuluh huruf daripada al-quran , kita mampu mendapat pahala yang berganda. banyakkan kesannya daripada membaca?
bukan setakat itu sahaja... dengan hanya membaca sebuah buku tentang seseorang, kita mampu mengetahui peristiwa dan peribadi seseorang itu seperti buku #Amoi Berhijab. buku tersebut mengenai tentang kisah seorang artis yang terkenal bernama Felixia Yeap atau Raisyyah Rania Yeap yang telah memasuki agama islam. buku ini amat bagus bagi memberi dorongan kepada umat yang lain dalam menjalani ibadah islam.

membaca juga dapat memberikan kita banyak ilmu pengetahuan. dalam dunia ini ilmu itu penting bagi memajukan negara. bukan itu sahaja membaca ini menjadikan kita mengetahui segalanya tentang kehidupan. tanpa ilmu kita seperti orang jahilliyah yang tidak mengetahui apa-apa.
oleh itu kawan-kawan diluarsana marilah amal kan sifat suka membaca ini.

bukan setakat itu sahaja, membaca jugak boleh buat kita terhibur. hmm tak percaya? contohnya kita baca novel, seperti novel cinta, novel horror dan sebagainyalah. pasti ada scene yang boleh buat kita ketawa, menangis atau marah. hal ini kerana novel ini yang ditulis oleh penulis karya yang berbakat bagi perkembangan emosi kita. hal ini juga menjadikan kita boleh berimaginasi. so tak ada sebab orang kata yang membaca ini membosankan.

oleh itu, sebagai generasi masa kini marilah kita semua amalkan sifat suka membaca ini dalam diri masing-masing supaya kita mampu bersaingan dengan negara maju yang lain.

Tuesday 1 December 2015

sahabat change to percintaan






alhamdulillah semoga Allah merahmati kita semua.
banyak yang kita tahu apabila kita berkawan yang berlainan jantina pasti dalam hati kita terdetik sedikit perasaan aneh atau yang lebih baik perasaan cinta. oleh sebab itu dalam islam, kita sebagai umatNya perlu ada batas dalam pergaulan seperti bertepuk tampar,bersentuhan kulit dan memperlihatkan aurat masing-masing.


perasaan itu mungkin terbit dengan perlahan kerana kawan terutamanya dilabelkan sebagai bestfriend forever akan selalu berada disisi kawan rapatnya. kadang-kadang mungkin dah kenal sejak daripada kecil lagi yang mengakibatkan si dia sangat mengenali kita dan sangat rapat. teman rapat kita ini lah yang sering mendengar rungutan,masalah dan sebagainya. jadi kurangkan berceritakan hal peribadi inj.

kadang-kadang juga perasaan ini juga muncul dengan tidak sengaja. hal ini mungkin disebabkan hasutan daripada sang suara syaitan. jadi kita sebab umat islam tidak seharusnya mendengar hasutan tersebut dan menyematkan niat bagi sekadar berkawan sahaja. niat itu penting bagi mengelakkan diri daripada terjerumus ke arah maksiat.

elak menjadi terlalu rapat apabila terbitnya perasaan cinta. hal ini kerana hubungan yang rapat bukan sahaja menyebabkan kita jatuh cinta bahkan mungkin tercetusnya perasaan cemburu terhadap teman rapatnya.



perkara sebegini mungkin akan hubungan persahabatan kita akan terputus dengan begitu mudah. jadi beringat lah sebelum melaksanakannya. yang pasti Allah dah menentukan semua jodoh , ajal, pertemuan dah sebagainya.jika dah jodoh pasti tidak kemana. insyaallah

Monday 30 November 2015

when a good thing comes to your life






when a good thing comes to your life..

you must said alhamdulillah. thank to Allah that you have get something good at this world.

when a good thing comes to your life.

you must bersyukur kepada Allah. sebab diberikan kebaikan dalam dunia.

when a good thing comes to your life

sujud to Allah and said alhamdulillah because Allah itu maha berkuasa

when a good thing comes to your life

Du'a to Allah because Allah maha mendengar




Friday 27 November 2015

pengumuman penting semua!!


awak, awak, awak yang disana tu harap maklum miss tak dapat nak blogwalking sekarang nie. masih dalam mood exam. maaf sangat sangat. maaf lah tak dapat follow sekarang tapi insyaallah saya akan follow lepas exam saya nanti. terima kasih juga kepada senior-senior saya yang telah banyak mendoakan saya untuk exam SPM ini. saya sangat hargainya. nanti ada masa saya follow semua senior saya tu ea. hihi....

Hatiku pada akhir tahun 2015


lama tak online blog nie. jadi sunyi dah blog nie. hmm haha sibuk lah akhir-akhir nie. SPM masih tinggal dua paper yadoii tak sabar nak habis sekolah nak legakan kepala hotak miss nie haha.. tengok lah melalot terlebih. ponat mok nak cito

siapa tahu disebalik kerisauan untuk exam terselit rasa sedih. sedih yang teramat sangat sehingga boleh meluruhkan air mata. siapa akan jangka memori pahit datang kembali. siapa akan tahu apa akan terjadi pada diri mereka. siapa sangka wajah yang sering tersenyum , ketawa riang sebenarnya dalam keadaan sedih melayan perasaan. hanya penulisan yang dapat menceritakan semuanya. dan hanya tuhan sahaja yang tahu betapa pedihnya hati ini sehingga tidak sanggup mengatakannya. cuma berharap agar mimpi ngeri ini akan pergi untuk selamanya dan tak akan kembali. tiada siapa yang tahu hati ini sedih. dan dia tidak mahukan simpati dari mereka-mereka.

hati ini juga berharap agar luka yang kian pulih ini tidak akan kembali berdarah. berharap sangat ini hanya mimpi yang datang dari syaitan dan ingin bangun dari tidur yang ngeri ini agar hati ini dapat percaya bahawa diri ini tidak pernah ditinggalkan dan tidak pernah dilukai. hati ini sangat mengharapkan yang semua ini tidak pernah berlaku. hati ini juga menginginkan dia tidak wujud dalam hati ini. sangat berharap.

hati ini hanya boleh lihat dari jauh sahaja. hati ini perlu menelan rasa pahit itu. hati ini hanya boleh diam sahaja. hati ini hanya mampu tersenyum sahaja. hanya mampu diam membisu.

tetapi hati yang luka ini harus menerima realiti yang pahit ini supaya luka itu sembuh. hati ini perlu percaya yang dia tidak lagi disayangi dan telah dilupakan. hati ini juga tidak sepatutnya membiarkan diri ini terus sakit. walaupun pedih hati ini, dia tetap menerimanya. hanya mampu menikmati kenangan pahit ini. apa yang hati ini mampu lakukan selain hanya berdoa yang maha Esa. hanya mampu mendiamkan diri dalam sebuah senyuman yang pasti. tiada lagi yang mampu hati ini mampu lakukan. hanya masa yang  boleh menentukan segalanya.


Friday 6 November 2015

when someone took your heart


hai pembaca blog miss unknown. apa khabar semuanya?
lama tak update blog nie. dah berhabuk dah. haha straight to the point jer lah
when someone took your heart means????a guy??
perh dah pandai speaking english miss nie haha. nie mesti semua akan fikir pasal couple2 kan.. miss tak galakkan couple kepada semua rakan islam miss nie okay. entry ini jugamemang dikhaskan untuk para wanita muslimah di luar sana

when someone took your heart...
better prepare to be the best once..do not be a loser..
bila kita minat seseorang jangan fikir nak couple jer haram tu lagipun tak sopan kan seorang wanita ajak couple seprang lelaki. meluahkan perasaan jer dah cukup untuk melindungi hati kita yang kuat sentap ni. tukar perangai sekarang tu jadi yang lebih baik. bukan makin menggedik haha.
solat tu jangan lupa tu adalah asas bagi pelindungan hati anda.

when someone took your heart
kuatkan iman anda agar tidak lari dari landasan ajaran islam.
supaya tidak melakukan perkara yang melaknat kita dunia dan akhirat.
jadi seorang yang pentingkan diri dalam memilih pasangan..ceh ayat haha

when someone took your heart
remember ALLAH
remember your parent
ingatlah betapa susahnya mak dan ayah kita menjaga kita. jangan terlalu gelojoh untuk mencari cinta dunia nie
remember Allah adalah sebaik-baiknya..halang hati kita ni dari melakukan sebarang hilaf.

insyaallah if always take this precaution you will always be a beutiful muslimah amin

Friday 23 October 2015

hari graduasi sekolah






















lama tak update blog kesayangan nie .tinggal seminggu jer nak exam  spm. alahai sekejap jer dah besar kan?nie nak online kejap jer
this is sweet memory that i have








Friday 16 October 2015

Happy lifestyle

Assalammualaikum kepada semua umat manusia..selalu kita dengar healthy lifestyle kan? Happy lifestyle macam pelik jer haha.
Tak ada lah happy life style ia maksudkan kita hidup dengan penuh kegembiraan. Tak ada ending yang sedih. How to be happy lifestyle? Tak semestinya couple kita boleh happy. Cuba tanya diri kita adakah couple buat kita happy? Mungkin sesetengah orang happy but yang single acane? Boleh jer happy dengan meluangkan masa dengan keluarga, family. Kita bukan sahaja rasa happy bahkan satu hubungan kita dapat dieratkan.
Tambahan pula,selain meluangkan masa dengan family, kita boleh happy dengan shopping. Especially for the girl right? Shopping mengikut kajian boleh menenangkan fikiran dan terapi untuk diri dan bagi sesetengah pihak. Itu boleh meransang kita untuk happy.
Bukan itu sahaja untuk happy kita boleh buat apa yang kita suka. Itu yang paling. Kalau buat benda yang kita tak suka,tak happy lah kan haha.
So sampai sini sahaja entry saya kali nie..maaflah dah lama tak up to date nanti kita jumpa lagi insyaallah.

Friday 11 September 2015

Tamadun manusia ada jurangkah?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera miss ucapkan. Hmm dunia ini dihuni dengan pelbagai makhluk. Manusia,haiwan,tumbuhan. Dahulu dalam sejarah permulaan kehidupan manusia, pelbagai adat di tunjukkan. Termasuklah perbezaan manusia dizaman jahiliyyah. Perbezaan hidup manusia. Yang tiada harta dan kemewahan akan dihina dan di pijak. Yang berharta disanjungi dan dihormati.
Setelah berapa abad. Nabi kita iaitu Nabi muhammad s.a.w telah membuang adat seperti itu.
Tapi pada zaman teknologi yang dikatakan maju ini,bermula semula jurang dunia manusia. Orang akan hina orang yang miskin. Dan yang kaya akan disanjung ke sana ke sini. Apakah? Ini ke dunia yang maju? Masyarakat kita terutama yang melayu sering kali menghina. Konon ye orang tak berduit itu ada lah orang pemalas dan layak di pijak. Hmm inilah manusia sekarang. Makin lama semakin mirip dengan zaman jahiliyyah.
Bukankah manusia itu sama? Ada mata ada hidung ada kaki dan tangan. yang membezakan kita hanya iman. Hanya sifat. Ada yang baik dan ada yang jahat. Hanya itu yang membezakan kita semua ini.Hmm tapi manusia tetap sebegitu.

Wednesday 9 September 2015

Giveaway 1.0 missdae

<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://www.missdae.blogspot.com/" target="_blank"><img border="0" height="200" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1cDhikUxiMaFfANFyHe8NqHyb4KILqOgf3GAeLsv7J4fUfBxUeV_JpNSMk9ehIdoKnL7GaRyGzrrSjeR-KWi6RsIGXhnGNfZaEzC4Nc4mMBz5RKXXqqhywZrNLT0Bf4Vr7eBVkZf7fcI/s200/output_ibdsv9.gif" width="200" /></div>
</center>

Assalammualaikum wuu wuu semakin hari amai pulok yang ajak join contest giveaway nie kan..haha seronok dapat menyokong akak akak semua. Satu lagi dapat jumpa kawan baru hihi semoga perhubungan ini akan berkekalan.
Ayuh masuk giveaway missdae nie and promote wuwuuu sape cepat dia menang haha. Tarikh tutup 11/09/15.😘
Marilah kita join bagi merapatkan hubungan kita



Sunday 30 August 2015

Merdekakah kita?

Assalammualaikum kepada akak and adik yang baca blog miss ni. Alhamdulillah semakin hari semakin ramai follower miss. Saat itu semakin ramai teman- teman baru miss kan..

Hmm merdekakah kita? Apa maksud merdeka? Merdeka ber maksud bebas daripada dijajah. Sempena hari kemerdekaan yang semakin tiba ini,miss nak buat entry pasal merdeKa sikit. Ramai kawan-kawan kita yang kat luar sana salah faham akan maksud sebenar merdeka. Dorang fikir merdeka cuma sebagai sambutan sahaja dan tidak memberi apa-apa maksud dalam diri mereka. Golongan remaja kat luar sana termasuk miss sering melakukan perkara sumbang yang dianggap sebagai merdeka. Orang dulu menggunakan perkataan merdeka menunjukkan kita sudah bebas daripada genggaman penjajah. Tapi kita kini menggunakan perkataan merdeka sebagai satu hiburan. Nampak tak jauhnya perbezaannya.

Adakah kita merdeka jika kita melakukan jenayah? Adakah kita merdeka jika kita melakukan maksiat? Itu bukan merdeka but itu jenayah.

Orang yang merdeka adalah yang berjaya dalam hidupnya. Sentiasa maju dalam hidupnya. Dan yang paling penting berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Jadi kita dari generasi teknologi ini perlu maju kehadapan bukan menghancurkan dunia yang semakin tua ini. Mari lah bersama sama memerdekakan diri

Saturday 29 August 2015

Kita mesti dewasa

Assalammualaikum sahabat. Apakah kita sedar dunia ini semakin hari semakin tua? Kita juga begitu. Perlu sedar yang kita akan semakin dewasa dan akan tua. Saat kita dilahirkan, kita akan menjalani stage-stage tertentu untuk membesar. Kita mula merangkak,mula berdiri dan akhirnya mula berjalan. Itu menunjukkan kita akan membesar dan menjadi dewasa. Ramai diluar sana inginkan zaman kanak-kanak mereka kembali. Yup. Zaman kanak-kanak memang seronok. Tak ada masalah. Malahan kita buat masalah. Adakah kita sedar yang kita memang perlu membesar? Jika kita tidak membesar dan menjadi dewasa,apa akan jadi dengan dunia ini?cuba bayangkan yang dunia di perintah oleh budak kecil. Adakah dunia ini akan aman dan damai dengan akal kanak-kanak kecil ini? Hmm of course tidak kan...

Tapi bila kita lihat dihadapan adakah aman dunia ini apabila diperintah oleh mereka yang dewasa? Tidak jugak. Terlalu banyak darah yang tumpah akibat perangai mereka yang dewasa. Adakah mereka matang? Atau pun mereka belum dewasa lagi?
Hmm persoalan itu tiada siapa akan jawab kan.

Jadi kita yang merdeka ini,bangun lah dari mimpi fantasi dan melihat dunia realiti. Dan fikir adakah kita sudah dewasa?ataupun kita masih tidak matang serupa kanak-kanak kecil. Dewasa kah kita jika kita melakukan jenayah?dewasakah kita jika kita melakukan perbuatan sumbang?
Fikir lah wahai manusia...
Ini lah masanya semua manusia bangub dari mimpi. No paradise in our world.

Friday 28 August 2015

Giveaway 1.0 by Ena

Assalammualaikum awok awok semua kali ini miss nak mempromosikan giveaway kak Ena.

Mari mempromote bagi merapatkan hubungan kita sesama muslim insyaallah.

Terima Kak Ena kerana mendoakan kejayaan saya. Semoga hidup akak sihat sejahtera ye. AMIN..

Menghilangkan rasa sakit hati a.k.a sedih

Anda semua pernah sakit hati?pernah sedih? Sebagai manusia mestilah pernahkan. Manusia tak akan lari daripada rasa sakit hati and sedih tu. Kenapa? Hmm sebab Allah ciptakan manusia ini dengan pelbagai kelemahan. Kenapa? Sebab dia nak kita sentiasa ingat akan Dia yang maha berkuasa. ALLAHHUAKBAR!!

Masa kita sakit hati mesti akan muncul perasaan marah. Benci. Rasa perit yang terbuku dihati. Lagi- lagi bila orang tu tak pedulikan langsung. Toksah rasa macam tu sekali. Kita mesti kuat dalam apa jua keadaan. Kalau kita sakit hati,jangan pernah tunjukkan dihadapan dia yang kita sakit hati. Tabahkan hati seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kuatkan semangat dalam menghadapi situasi seperti ini. Kalau kita sakit hati, banyakkan mengucap dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan percaturan hidup kita. Kalau kita sakit hati,pergi ambil wudhuk dan bersolatlah bagi menenangkan perasaan. Jika sedih pun sama.... jangan pernah cuba tunjukkan yang kita lemah. Tidak kiralah lelaki ataupun perempuan. Walaupun pedih macam mana pun, cuba lah lepaskan masalah itu. cuba lah memaafkan diri sendiri itu lebih baik daripada terus menyalah kan.

Sampai sini sajaja syarahan kali ini. Hanya mampu berkongsi tips and nasihat. Bai assalammualaikum islam

Wednesday 26 August 2015

Kehidupan sebagai pelajar

Assalammualaikum kepada para pembaca blog miss ni. Hmm hari ini hari terakhir buat miss bersuka ria. It is because esok exam trial untuk spm. Ya Allah sekejapnya masa berlalu. Macam baru semalam miss masuk tingkatan 1 ke sekolah tu. Banyak suka dan duka yang miss lalui. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi yang miss dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk merasai saat getir seperti ini. Tak disangka aku berjaya ke hadapan dengan kaki sendiri. Banyak betul miss membebel.

Kehidupan sebagai pelajar. Apa yang kita tahu yang kehidupan pelajar ini pergi sekolah balik sekolah. Pergi tuition balik tuition. Belum kira homework yang macam gunung kinabalu. Haha. Boleh dikatakan yang hidup sebagai pelajar nie tak pernah aman daripada dugaan Allah. Exam yang mencabar jugak amat menggerunkan setiap pelajar.

Miss tahu memang kehidupan pelajar ini amat memenatkan sehingga kita rasa fade up dengan life kita. Kadang tu rasa nak berhenti sekolah. Hidup sebagai pelajar kita tak boleh mengeluh. Untuk kita berjaya,kita mesti berhenti memberi seribu satu alasan. Capai matlamat tu adalah lebih penting. Proses sebagai pelajar jugak ada alirannya. Sebagai contoh kita sebagai seorang pelajar perlu menghormati guru yang mengajar kita. Itu yang sangat penting apabila kita berada di sekolah. Apabila di rumah, orang yang kita patut hormati ada lah parent. Sebab parent dah jaga kita sejak kecil lagi dan bagi mendapat berkat kepada kita sepanjang menjadi seorang pelajar. Sifat seorang pelajar itu penting bagi mengimbangi ekosistem seorang pelajar. Emosi kita tidak boleh mengawal diri kita. Belajar kawal diri untuk menjadi pelajar cemerlang.

Dengan itu barulah perfect hidup kita sebagai seorang pelajar. Walaupun stress belajar tapi ingat lah Allah sentiasa membantu hambanya yang dalam kesusahan. Kalau cikgu bagi homework macam gunung pun sentiasa think positive.

Okay lah setakat ini kata yang boleh miss membicara. Diharap awak yang hendak exam besar banyakkan doa kepada yang maha Berkuasa. Sekian dari miss. Doakan miss boleh jawab soalan dengan baikye