Sunday, 23 July 2017

Umat manusia


Lama tak update entry. Dah berhabuk blog saya ni. Nasib tak ada jin or hantu yang bertandang. Opss boleh ke?? Haha. Aduii mengarut je lah saya ni.

Pernah tak dilukai? Pernah tak dikecewakan? Pernah ditinggalkan? Sakit hati?
Mesti pernah. Termasuklah saya. Nama pun manusia. Sentiasa akan ada perpisahan. Sentiasa sedih dengan hidup mereka. Sentiasa ada kesilapan. Kesalahan itu pun tak pernah ditinggalkan. Manusiakan banyak kekurangan. So mereka ini lupa siapa diri mereka. Mereka lupa mereka milik siapa. Kadang-kadang angkuh dengan apa yang mereka ada. Itu lah MANUSIA.

Tapi... Pernahkah mereka sedar semua itu???
Saat dalam kesusahan melanda diri mereka,pabila kesengsaraan berlaku,  baru mereka sedar akan itu. Itu lah MANUSIA.
Contoh?? Hahaha
Lihat sahaja disekeliling kita. Orang nya baik, solat dimasjid, selalu berbuat kebaikan tapi mendoakan kematian orang lain, bersikap angkuh, tidak menghormati orang lain. Manusia yang bermuka-muka. Dihadapan kita baik belaka sahaja cakapnya. Dibelakang kita, penuh dengan maki hamun kepada kita. Inilah MANUSIA, selalu mempersendakan orang lain.
Jikalau yang jauh pula
Lihat lah dunia Palestin sana, yang kini dipanggil negara Israel. Penuh dengan MANUSIA yang kejam. Membunuh manusia yang demi kepentingan mereka. Menyeksa mereka yang lemah. Memijak maruah orang Islam. Astagfirullah.
Inilah MANUSIA. Penuh hasad dengki. Bila perkara ini akan selesai? TIDAK TAHU..

Sekian dari saya😊😊

Sunday, 4 June 2017

Review produk Safi Balqis


Baru sempat  nak update blog huhu. Cuti panjang baru nak bermanja dengan blog. Kalau tak asyik nak ngadap buku jer lah.

Okay lah hari ni saya nak review sikit produk kecantikan yang saya telah guna dalam masa 5 bulan dan hasilnya sangat memberangsangkan. Tak perlukan makeup pun untuk jadi cantik. Dengan memakai produk ini pun dah boleh cantik ahakk😂.(ayat mak saya).
Saya sekarang memakai produk Safi Balqis. Produk ini tidak mempunyai merkuri yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

Sebelum ni saya hanya memakai Fair&Lovely daripada umur muda lagi opss hahaha. Saya memang suka pakai krim muka ini. Disebabkan krim-krim seperti ini tidak berbahaya so my parent tak kisah kalau saya pakai.
Sejak saya masuk matrik, saya alami kulit muka berminyak dan menyebabkan banyak jerawat tumbuh. And ia sangat menyebalkan saya haha.  Disebabkan itu saya bertukar kepada safi balqis and hasilnya ushh daebak!!!!
Okay lah saya ceritakan sikit apa yang saya pakai.

Review produk Safi Balqis
1.Pembersih muka Safi Balqis

Pembersih muka ini akan membersihkan wajah bahkan turut mencerahkan kulit wajah.
Yang ini pula pembersih muka 2 dalam 1.
Function sama juga dengan atas tetapi ia disertakan dengan toner yang akan menutupi pori setelah dibasuh.
Ia juga akan mengekalkan pH pada wajah dan wajah tampah lebih bermaya. 

2.Skrub
Skrub ini pula berfungsi untuk membuang kulit mati dan membuang kotoran yang tertinggal pada kulit. 


3.Penyegar atau toner
Pemakai toner juga penting bagi menutupi pori setelah membersihkan wajah.
Ia juga akan mencerahkan kulit.
Kalau nak senang pakai 2 dalam 1 tu ha tak perlu beli bebanyak. 
4.Pelembab wajah
Add caption
Krim pelembab siang ini penting untuk dipakai pada waktu siang. Ia akan melindung kulit daripada sinar uv dan turut mencerahkan kulit. 
Ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit pada waktu siang. 

Krim pelembab malam juga membantu mencerahkan kulit disamping mengekalkan kelembapan kulit pada waktu kita sedang tidur. 

Okay inilah produk Safi Balqis yang saya guna sekarang. Sebenarnya banyak lagi produk yang dihasilkan oleh Safi seperti serum tetapi saya tidak memakainya kerana produk diatas itu sudah cukup untuk tampak lebih menawan. Bukan menawan jer tapi flawless jugak hihi. Bagi sesiapa ingin mencubakan produk Safi ini dipersilakan kerana ia diyakini bersih dan bebas bahan merkuri.

Wednesday, 24 May 2017

1001 impianku menjadi seorang pelukis


Wah gerek tak tajuk kita hari ini?gerek kan? Acah semua tu.  Sebenarnya itu salah satu impian miss. Menjadi seorang pelukis. Ya pelukis. Sebenarnya ia bermula dengan minat. Actually tak minat mana pun sebab dulu masa sekolah rendah kalau presentation kertas mahjong tu nanti dilukis lukis. Ye lah kan nak nampak cantik and ramai pulak tu yang puji. Mana tak bangga akak oii. Tapi masih tak fikir minat lagi melukis tu just suka. And then bila sekolah menengah ambil subjek biologi lagi lah banyak lukis. So rasa seronok lukis jantung pokok nak label-label semua. Miss ni selalunya cari satu gambar and then try lukis ikut gambar. Just copy paste jer. And also lah ada orang puji sebab cantik. Ehekk kembang semangkuk ler akak ni. Bila kat matrik, confirm lah tak ada masa nak melukis sebab bila ada time free tidur jer lah tak pun online instagram, whatsApp, twitter, paling teruk pun layan movie dengan roommate.

Minat melukis bermula daripada melihat orang lain melukis. Nampak cantik je bila orang lukis pemandangan laut, langit, sawah. Cantik sangat seolah olah hidup gambar tu. Saat itulah terdetik hati tu nak try melukis. Tapi just nak try jer. Tak minat pun sebab tak ada sikap nak appreciate diri sendiri pun. Banyak kali try melukis memula memang tak jadi memang tak cantik but my mom always said 'jangan ikut sangat gambar tu sampai bebila tak jadi' and that time  bila lukis ikut gambar selalunya takkan sama malah miss akan buat lebih baik. Kata-kata tu selalu miss pegi sebab tak nak kecewakan diri sendiri haha. I

Sekarang ni dah mula minat melukis. Rasa seronok bila melukis something yang tak pernah buat and bila post kat instagram ramai yang response baik punya. And buat kan miss lagi seronok melukis. And sebab ni lah munculnya impian nak jadi pelukis. Tapi itu hanya sebuah impian. Mana tahu satu hari nanti kenyataan. Amin

Lukisan yang miss try sendiri maaf kekurangan tu

Thursday, 11 May 2017

Rindu pada matrikulasi


Wahh lama tak berblogging aduhh...busy lah.  Now dah tak busy sebab sekarang dah habis matrik. Upp upp Rasa lega dah habis. Dah tak ada homework, dah tak ada kerja bergroup,  dah tak ada kelas tambahan, the most important is no problem. Benda-benda macam ni lah buat saya rasa lega yang teramat pula bila lepaskan. Tapi saya akan rindu lah mana hidup kat matrik, dengan kawan-kawan sekeliling,makan jaga, ketawa sama-sama. Ya rindu sangat. Baru beberapa hari tinggalkan matrik and dah rasa rindu.



Time kat matrik ni, semuanya kawan. Walaupun kawan tu fake pun tetap kawan. Kita yang perlu layan ataupun tidak. Tiap-tiap petang lepas makan mesti karaoke. Tak kisah lah lagu apa. Lagu english ke korea ke semua lenjan. Tak tahu kenapa memang seronok kalau dapat lepaskan stress sama-sama. Nanti bila nak mandi pulak, sorang mesti tunggu sorang mandi. Alahai sweet tak kami semua.

Gosip?? Hahaha benda tu hari hari buat. Kalau tak gosip tak sah. Roommate aku nie memang banyak cerita dia.  Dengan cerita dia ni lah saya terhibur. That make me miss them so much. Bilalah lagi nak macam ni. Bila lagi nak buat semua ni. Bila lagi nak shopping tak ingat dunia. Bila lagi nak jenjalan sana sini.

Tu belum kira yang classmate pulak. Ada yang gila-gila ada yang pandai, ada yang biasa, and ada yang jadi pengubat hari kita. Memacam perangai sampai saya sendiri tak pening dengan mereka-mereka yuhhh.




Waa beruntung adik-adik yang masuk matrik, dapat rasa pengalaman yang sama macam saya. Jangan fikir susah di matrik tapi fikir memori yang korang semua akan rasa. Insyaallah semuanya manis-manis belaka.

Friday, 17 March 2017

New game in my phone


Hai awak awak semua. Bertemu kita kembali. Okay sekarang saya cuba untuk mengaktifkan kembali blog saya ini.  Sebab dah lama sangat tak berupdate.  Insyaallah kalau ada cerita saya kongsikan lah disini.  Hanya mahu berkongsi.

Seperti yang kita tahu, adik-adik kita baru jer ambil result spm.  Tahniah ye adik-adik yang dapat result cemerlang semoga rezeki makin berlimpah limpah ye insyaallah amin. Bagi adik adik yang kurang cemerlang, rilek bukan setakat itu jer tapi maybe ada yang lebih baik.  Macam saya cuma 4A sahaja.  It okay lah sampai matrik jugak dah nak ambil degree pun so rilek ye adik-adik.
Okay now, this entry not really important pun. Just saja2 nak hiburkan hati. Saya nak review new game to all my friend.

Haaa new game My Cafe Story 



Okay game ni tak ada best sangat hanya biasa2 jer.  Cuma kalau dah main tu macam ketagih sebenarye. My friend dah game sampai habis. Cuma dalam masa sehari jer.  Saya pulak dah seminggu main. Game ni install dari play store bagi yang android and pengguna iphone boleh install ye so jangan worry semua orang.  Hahahaha
Okay lah itu jer untuk hari ni.

Saturday, 11 March 2017

First entry in 2017


Hai hai hai lama tak update dah berhabuk.. Sorry sangat. Sejak duduk matrik semua dah tak update. Dengan kemudahan hanya menggunakan phone sahaja, memang tak lama lah jawabnya.  Kalau dulu adalah wifi curi sekarang hmm memang susah lah. Kat sini pun, saya selalu busy bukan selalu memang busy. Tak sempat nak berhuha pun. Banyan homework, assignment.  Itu belum kira yang ada program, aktiviti berkumpulan.  Memang penat tapi itu kehidupan duduk kat matrik ni.  So adik-adik yang dah habis spm yang nak sambung belajar tu fikir masak-masak. (tak ada cara  nak promote langsung 😂)

Actually tak ada lah susah mana pun matrik seperti digembar gemburkan oleh orang ramai. Biasa jer belajar kat sini sama belajar dengan sekolah 'BERASRAMA'(cewah mula dah). Sebab apa saya cakap macam sebab disini banyak peraturan yang ditetapkan seperti sekolah.  Tapi ikut sesetengah matrik juga ada yang ketat ada yang biasa jer. Kalau macam saya, saya study di Kolej Matrikulasi Melaka.(nampak promote tak) 😘. Peraturannya ada masa outing, dari segi pakaian, pergaulan jugak dan masa. Okay tak lah teruk. Peraturan yang ditetapkan untuk mengajar kita lebih berdisiplin bukan apa pun. Hmm pasal study pulak, bagi saya tak adalah laju tapi boleh lah. Depends lecturer juga yang ajar kita, nak ajar laju macam turbo ke, nak ajar macam siput ke, or ajar macam biasa.  So nasib lah faham ke tak.

Salah satu memory nanti saya ceritakan ye



Setiap matrik juga ada cerita yang tersendiri.  I mean cerita hantu lah. Ada orang mati gantung diri lah, bunuh diri dalam bilik air lah and so on. Memang sesiapa yang study kat matrik ni senior(pelajar 2tahun)  akan menceritakan benda-benda seperti ini. Yang kat blok tu blok ini lah. Bagi saya lah setiap tempat ada benda 'alah'  tu but terpulang pada kita percaya atau tak.  Kalau boleh jangan takut sangat benda benda macam ni takut nampak bebetul haaa satu hal nanti jadi. So conclusion ye jangan takut sangat jangan berani sangat nak mencabar alam. Alhamdulillah saya tak pernah lagi nampak benda bukan2 tu. Lebih baik tak tahu cerita-cerita seperti ini. Kang nanti melemahkan semangat junior junior kita nie pulak.

So adik-adik jangan lah risau kalau nak sambung study kat matrik. Sebab matrik ni masih sama macam sekolah. Masih ada lecturer yang boleh ajarkan balik benda yang tak ingat. Kalau tak faham boleh terangkan lagi. Nota pulak ada dijual.  Cuma tahan atau tidak sahaja disini. Memang senang hidup kat matrik ni. Tak payah nak fikir banyak-banyak. Tak macam kat university pulak kita banyak kene independent. So fikirkan lah mana yang sesuai.


Sunday, 5 March 2017

Bila terjumpa binatang bernama CHARLIE

Assalammualaikum.. baru sekarang ada masa nak post entry terbaru. Almaklum dah pi kolej kan nak up to date pun dah susah sekarang. Homework and assignment perhh seperti gunung kinabalu. Seksa ye nak siapkan. Tapi tu kan lumrah kehidupan pelajar so terimalah seadanya.
Okay the main point untuk entry kali nie ialah Charlie. Tahu tak apa itu charlie? Tak semua yang tahu pasal charlie nie. Lelagi para junior KMM memang tak tahu lah pasal benda nie termasuklah sis nie sekali. CHARLIE nie (bukan nama orang ea) sebenarnya binatang atau serangga yang mempunyai bisa pada bahagian belakang badan dia. Bentuk fizikal dia adalah badan yang berwarna oren dan hitam,badannya dalam bentuk memanjang dan dia hampir seperti rupa semut. Bisa yang terkandung dalam badannya akan menyebabkan seserang kegatalan dan sakit seperti melecur. Ia juga menyebabkan kulit kemerahan. Jika tidak di cegah, ia akan muncul nanah dan akan mendapat parut. Bagi sesetengah orang mampu menjadikan seseorang itu meninggal dunia akibat bisa yang berada dalam badan. Charlie nie selalunya berada dia tempat lembab seperti ampaian baju dan bilik air. -pernah ada sekali tu, roommate sis terjumpa 6 ekor charlie didalam lubang longkang-
CHARLIE ini jugak tertarik kepada cahaya lampu.