Sunday 1 May 2016

Mulut tempayan


Hai semua lama tak update blog. Ya Allah dah berminggu minggu i tak update aishh.. okaylah sekarang dah update kan huhu. Sekarang i dah pass spm alhamdulillah keputusan boleh lah tahan.cukup lah nak bawak sambung belajar miss nak tunggu  tawaran upu and maybe miss pi matrikulasi.
Dah jangan cerita bebanyak.

Korang suka tak manusia yang bermulut tempayan nie? Mesti tak suka kan , kebanyakkan orang memang tak suka dengan orang yang macam ni. Orang macam ni memang menyakitkan hati malahan mampu membuat hidup orang lain menderita akibat perkataan yang keluar dari mulut mereka-mereka ni. bukan itu sahaja manusia sebegini rupa memang tidak dapat ditutup mahupun dihentikan kerana hmm tak tahu lah sebab mereka tetap akan bercakap walaupun kita sudah menyaman mereka semua ni. Orang yang sebegini akan menganggap mereka sahaja yang benar dan tidak rasa salah. bukan itu sahaja mereka juga tidak akan merasa puas selagi tidak mengutuk orang lain. mengapa orang sebegini boleh wujud?

Perbuatan ini bukan sahaja dilakukan oleh atok-atok,makcik. Malahan juga dilakukan oleh kanak-kanak dan para remaja. hal ini akan menyebab kemunduran ekonomi negara dan juga menghilangkan keharmonian negara kita yang indah dan permai ini.

Akibat perbuatan ini bukan sahaja memutuskan hubungan silaturrahim bahkan turun menyebabkan kes jenayah di negara kita semangkin meningkat. Hal ini berpunca daripada orang bermulut tempayan yang tiada insuran.
Jikalau hal ini berlaku , kita sebagai rakyat malaysia, buang lah sikap yang menyakitkan hati itu. Jikalau tidak dibuang hal ini akan menjadi duri dalam daging di badan kita.