Tuesday 28 June 2016

Collect memories from KMM

Hai semua lama tak update blogger. Ya Allah..nampak tak my blogger makin dilupakan. Miss busy sikit akhir-akhir ni. Lepas dapat result,sibuk kerja lagi lah lupa semuanya.
Okay sekarang ni Miss makin bertambah tambah busy because I continued my studies at the KMM @ Kolej Matrikulasi Melaka. Amik kau... aishhh nie masih bebaru lagi so tak rasa sangat stress ye but when start class hmmm hanya Allah yang tahu. Dulu sebelum decide nak sambung study kat Matrik nie ramai yang cakap kat matrik ni susah kat matrik stress. My parents also says that they scared that me can be crazy because tension study.
But when i come to this matrik..you know what penghuni KMM said? They said this matrikulasi so awesome and you will miss your moment at this KMM. Okay. So i change my mind that everything people said about matrik nie susah. Okay lah i tried find a new friend a new classes and a new teacher.
Firstly i found my roommates. And  before this i never never have roommates. Because before this i just sleep alone hahaha and now kena biasakan diri sleep dengan kengkawan.nasib baik lah dah terbiasa pi camping. Waaa at that first i very shy to talk to other roommate. But they are very spoting and they re also funny. It make me more comfortable. Aiggooo yaaaa.
Second time orientasi yang sangat menyebalkan. ahakkk nanti miss story2 ea sekarang nak pi class. I'm very sorry if my english very very broken haha. miss buat macam nie pun sebab kene biasakan dengan speaking and writing semua. Tak apa lah permulaan okaylah bai. Assalammualaikum.

Sunday 1 May 2016

Mulut tempayan


Hai semua lama tak update blog. Ya Allah dah berminggu minggu i tak update aishh.. okaylah sekarang dah update kan huhu. Sekarang i dah pass spm alhamdulillah keputusan boleh lah tahan.cukup lah nak bawak sambung belajar miss nak tunggu  tawaran upu and maybe miss pi matrikulasi.
Dah jangan cerita bebanyak.

Korang suka tak manusia yang bermulut tempayan nie? Mesti tak suka kan , kebanyakkan orang memang tak suka dengan orang yang macam ni. Orang macam ni memang menyakitkan hati malahan mampu membuat hidup orang lain menderita akibat perkataan yang keluar dari mulut mereka-mereka ni. bukan itu sahaja manusia sebegini rupa memang tidak dapat ditutup mahupun dihentikan kerana hmm tak tahu lah sebab mereka tetap akan bercakap walaupun kita sudah menyaman mereka semua ni. Orang yang sebegini akan menganggap mereka sahaja yang benar dan tidak rasa salah. bukan itu sahaja mereka juga tidak akan merasa puas selagi tidak mengutuk orang lain. mengapa orang sebegini boleh wujud?

Perbuatan ini bukan sahaja dilakukan oleh atok-atok,makcik. Malahan juga dilakukan oleh kanak-kanak dan para remaja. hal ini akan menyebab kemunduran ekonomi negara dan juga menghilangkan keharmonian negara kita yang indah dan permai ini.

Akibat perbuatan ini bukan sahaja memutuskan hubungan silaturrahim bahkan turun menyebabkan kes jenayah di negara kita semangkin meningkat. Hal ini berpunca daripada orang bermulut tempayan yang tiada insuran.
Jikalau hal ini berlaku , kita sebagai rakyat malaysia, buang lah sikap yang menyakitkan hati itu. Jikalau tidak dibuang hal ini akan menjadi duri dalam daging di badan kita.


Sunday 24 January 2016

Bertudung bukan satu hiasan kepala


itu dia first post dalam 2016. dah lama tak update blog nie. dah jadi rumah hantu dah blog ni. malas nak bukak kat fon. ni pun update guna abang punya komputer, asal boleh update update jer lah. manyak pulak bebel ye. tahun ni lah yang paling mereput. kene tunggu tiga bulan tunggu result. aish debarannya makin lama makin hilang ayoyo.

entry kali ni pasal tudung. tudung ni bukanlah sesuatu yang asing bagi kehidupan manusia terutama dalam negara Malaysia yang indah ini. dalam sesetengah pihak berpendapat bahawa tudung ni sebagai tanda kita menutup aurat dan kita mengikuti perintah Allah. bagi pihak yang lain, tudung ni hanya sebagai tanda inginkan perhatian sahaja. persepsi tudung kepada pihak tertentu sangat berbeza dengan ajaran islam. kita tidak sepatut menggunakan tudung sebagai cara kita ingin mencari perhatian, menjadikan tudung sebagai tanda kita sudah berubah. kita sepatutnya tahu bahawa kita sebagai muslimah dimukabumi ini sepatutnya menutup aurat dengan sebaik baiknya. jikalau kita berbuat demikian pasti orang yang menganut agama lain pasti,kita ini hanya ingin memainkan agama kita sendiri.

inilah yang terjadi pada manusia masa kini. terlalu ramai menjadikan tudung hanya sebagai perhiasan dikepala sahaja. itu okay lagi. ada yang lagi bagus orang ramai yang memakai tudung ini hanya ingin menjadikan tudung sebagai sebahagian fesyen sahaja. bukan itu sahaja mereka hanya memakai tudung hanya ingin promosikan tudung daripada jenama masing-masing. hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam negara islam kita ini. tidak sepatutnya mempunyai niat sebegitu rupa. bukan itu cara untuk menarik ramai umat manusia memasuki agama islam. Rasulullah jugak tidak mengajar kita berbuat sedemikian rupa. berubah wahai manusia.

jika kita sudah bertudung cantik, janganlah kita mendedahkan aurat kita. jangan sesekali membuka tudung dikepala tu. tidak salah berubah tapi berubah dengan cara yang baik. ini tidak. kita sudah memakai tudung dengan sekalian lamanya ,tetapi lepas beberapa tahun kita sudah tidak memakai tudung. itu bermaksud iman kita belum cukup kuat menuju kearah yang lebih baik. sudahlah membuka tudung berpakaian yang tidak senonoh pula. cepat-cepat bertaubat wahai umat manusi. Allah sedia mendengar jika kita ada masalah. Allah selalu ada untuk membimbing kita. jangan mengadakan alasan untuk membuka hijabmu itu.