Wednesday, 26 November 2014

Hidup mesti Senyum

Assalammualaikum rakan blogku,
dalam hidup korang mesti ada sedih dan ada gembira.
Kadang mungkin kita akan sedih sampai tak ingat dunia.. Biasa lah kita sebagai manusia mesti ada emosikan..
Miss Unknown pun pernah sedih sampai nak mati hahahahha faham-faham jer lah

So,now Miss Unknown nak bagi tips untuk korang sentiasa tenang dah bahagia dunia dan akhirat.
penawar untuk tenang :



 1. Rasa gembira dan tenang dalam kehidupan. Itu yang kita selalu dambakan. Hakikatnya bukan harta yang banyak, pangkat yang tinggi, wajah yang cantik, dan apa-apa lagi kelebihan lain yang menghasilkan rasa gembira dan tenang dalam kehidupan. Benar, walaupun ia punya kesan, tapi tidak lama dan tidak sesekali sama. Bahkan ia mengundang rasa tidak selesa, sentiasa tidak puas dan cukup. Rasa kosong, seolah umpama merasa nikmat ketika makan dan lalu membuang air. Begitulah hakikat waktu ke waktu seterusnya. 

2. Demikian bila segalanya tidak dikaitkan dengan Allah swt. Tidak diserahkan kepada Tuhan yang menciptakan dan telah menganugerahkan berbagai nikmat kepada kita. Perasaan sedih, gembira, tenang, dan resah. Segalanya dari Allah swt. Allah swt menghendaki perasaan ini berputik dalam hati kita, maka berputiklah ia. Mengikut ketentuan dan hikmah dari Allah swt. Kita buat baik, hati rasa gembira, tanda redha Allah. Kita buat dosa, hati rasa gembira, tanda murka Allah. Kita buat baik, hati rasa sedih, itu ujian Allah. Kita buat dosa, hati rasa sedih, itu kasihnya Allah.

3. Kadang kita melihat mereka yang susah dan bersederhana hidupnya. Kadang seolah tak munasabah dengan kegembiraan dan ketenangan yang dikecapinya. Begitulah kita melihat mereka yang kaya dan serba mencukupi hidupnya. Kadang seolah tak munasabah dengan keperitan dan gangguan yang dilaluinya. Keadaan ini sudah memadai untuk direnungi. Bahagia dan derita itu dari Allah. 

4. Ia datang dari Allah, maka dari Allah kita perlu panjatkan. Semua perkara datangnya dari Allah. Nabi saw diuji dengan kesedihan. Allah swt mengembirakan. Beruntunglah mereka yang menyerahkan segala jiwanya kepada Allah. Yang meyakini semutlaknya ketetapan Allah. Demikian perintah Allah, kita jaga sebaiknya. Kita buat yang disuka dan usaha jauh yang dilarang.  

5. Kitab Al-Quran, kitab Allah. Milik, dari Allah swt. Dengan sering membaca dan menghayatinya juga. Mampu meleraikan segala keresahan, kesakitan dan kebencian dari hati kita. Sebelum ini hati kita sering bila tertekan, gelisah, dan rasa serabut. Lalu kita berusaha mencari jalan untuk menyembuhkannya. Jalan itu kadang pasti dengan kelalaian dan menjurus kepada jalan dosa. Al-Quran adalah ubatnya. Mungkin agak sukar dan tiada juga kesan. Namun ia bilamana hati sentiasa sudah dibersihkan dengan taubat dan amal soleh, tiada kejahatan lain, dan dihambakan diri sepenuhnya pada Allah. InsyaAllah, rutin membiasakan bacaan dan menghayati Al-Quran wujud kesannya. Kita akan sentiasa dapati bilamana waktu hadirnya masaalah, tekanan, kita terus ingat untuk membacanya, terus ingat kerana aku belum membacanya. Ia hanya dengan sering baca dan hayatinya, inilah kitab Mukjizat. Firman Allah swt: 

(iaitu) orang-orang yang Beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra'd 28) 

 Gementar kerananya (Al-Quran) kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. (Az-Zumar 23) 

 Sesungguhnya orang-orang yang Beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, (merasa takut, gerun dan menjurusnya taat suruhan dan tinggal larangan Allah) dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), (kerana benarnya) dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal (bergantung, menyerahkan segalanya). (Al-Anfaal 2) – Tafsir ibn Kathir. 

hanya ini lah yang boleh Miss boleh kongsi:

 

 

No comments:

Post a Comment