Showing posts with label Diariku. Show all posts
Showing posts with label Diariku. Show all posts

Saturday, 7 February 2015

Diariku: Jadual untuk Esok dah penuh




  
hari last berblogging...sedih pulak nak berpisah dengan blog Miss ni. Esok dah sekolah.banyak pulak tu acara untuk esok. Kawad kaki, kelas tambahan..perh!!! tak cukup masa. Malam ada tuition pulak.. Sedut angin jer lah. Miss ni asyik mengeluh jer kan? bak kata perpatah 'nak seribu daya tak nak seribu dalih' maksudnya kalau kita nak kan sesuatu kita mestilah bersungguh-sungguh nakkannya , jika tak nak macam-macam alasannya.

macam sekejap jer kan cuti hari minggu. Mesti kawan-kawan kat rumah akan cakap"sekejap yer cuti,nak cuti lagi". dah faham sangat lah Miss. Esok pagi mesti kecoh semua orang siapkan homework hahahaha lagilah lawak.

Bukan tu jer tengok lah nanti bila waktu subjek fizik..semua muka macam nak pengsan. ada yang dengar ada yang tak dengar. Termasuk Miss hahaha. hoho kutuk kawan sekejap. jahat kan Miss?selalu kelas Miss sampai pukul 2.35. lagi lah ngantuk lagi-lagi kalau subjek berat tak boleh masuk beb!!

nie lah ahli kawad Miss hahaha oren
                                
Then petang ada kawad kaki lagi lahhhhhhhh...naik gila Miss. tu time untuk hitam kan Kulit. yadoii terima sahaja lah hahahahah

hahahaha banyak sangat Miss membebel sampai sini saja keluhan Miss..nanti kalau agak-agak Miss nak keluh lagi Miss tulis entry yep..

good night kengkawan...esok sekolah TIDUR SEKARANG!!!




Thursday, 29 January 2015

Hadiah dari Seorang Ibu


Bismillahirrahmannirrahim
alhamdulillah hari ini dapat lagi kita semua bernafas..
lama tak buka blog ni.. Banyak sangat kerjanya bila nak buka blog. Berlambak homework nak buat and banyak tuition nak kena pergi.

Hari ni Miss nak story sikit.. kejadian ni berlaku dua minggu lalu. Ibu ajak Miss pergi shopping.(biasalah perempuan kan). Miss ingat ibu cuma nak beli barang keperluan, tak sangka pula ibu belikan handbag baru untuk Miss. Miss cuma nak purse biasa jer tapi ibu beli kan handbag terus. Harga beg tu tak ada lah mahal sangat tapi memadai lah untuk dipakai masa nak keluar makan angin(bukan buang angin yep). bak kata ibu 'alah membeli menang memakai'. Bagi Miss semua tu membazir tapi ibu kata handbag tu diwajibkan untuk wanita. So, terima saja lah.




ni lah handbag yang ibu belikan huhu just biasa je


 Walaupun hadiah yang diberikan oleh ibu tidak semahal mana pun tapi ia sangat berharga buat Miss. Beg ni lah yang Miss bawa kemana-mana huhu. Hadiah seorang ibu lebih bernilai daripada hadiah daripada seorang teman lelaki. So, jangan lah kita merungut bila ibu belikan apa-apa yep tapi cakap lah kepada terima kasih kepadanya.

sampai sini sahaja lah story Miss tentang ibu Miss
Miss cuma nak cakap i love you ibu.