assalammualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca blog
ini walaupun tak ada follower lagi hihi..
Kebanyakan remaja sebaya Miss Unknown (umur Miss baru 16
tahun okay..tak tua lagi) lebih meminati sehingga menjada idola seperti artis
yang terkenal seperti Siti Nurhaliza,Forteen dan macam-macam lagi yang ada di Malaysia ni. Tak lupa juga ada
yang menjadikan artis luar
negara,seperti K-POP yang telah mempengaruhi seluruh minda remaja sebagai idola
mereka. Miss pun salah seorang peminat K-POP huhu. Dah nama pun remaja mestilah
minat perkara yang tidak berfaedah. Yang
tak minat K-POP pula , para remaja meminati kumpulan penyanyi luar negara yang
telah meragut jiwa raga para remaja termasuk Miss seperti ONE DIRECTION. Miss
pun ada idola juga tau. Idola Miss adalah Heliza Helmi.
Miss menjadikan Heliza Helmi sebagai icon kehidupan Miss
kerana (dah macam karangan huhu) sifat keperibadian Heliza Helmi itu sendiri. Bukan
sebab dia cantik atau dia seorang artis tetapi dia seorang yang lemah lembut
daripada segi percakapan , cara dia berkomunikasi dan cara dia menyampaikan
sesuatu dakwah. Miss suka melihat senyumannya yang manis ketika bercakap dengan
orang lain. Bukan itu sahaja, Heliza Helmi juga telah memberikan Miss inspirasi
untuk menulis entri yang baru. Setiap kali melihat beliau di kaca televisyen,
Miss rasa nak berubah untuk menjadi yang lebih baik daripada sekarang.
Heliza Helmi juga sering berkongsikan ilmu yang dimiliki
kepada semua teman-teman seperjuangannya. Beliau juga mengajak semua rakan
artisnya ke kelas agama. Beliau bukan sahaja berdakwah bahkan beliau mengajak
orang ramai mendalami ilmu agama. Perkara itu yang membuatkan Miss lebih
meminati beliau. Keperibadian yang paling membuatkan Miss lebih tertawan (Miss
bukan lesbian tau) beliau sanggup menolong orang yang mengalami kesusahan
walaupun merbahaya , ketika beliau pergi ke Palestin. Miss pun tak berani nak
pergi ke sana kerana berlaku serangan Israel yang di laknat Allah.
Konklusinya,kita mestilah mempunyai seorang icon yang boleh kita
contohi dalam kehidupan kita. Bukannya meminatinya kerana paras rupanya tetapi
dengan keperibadiannya yang kita harus contohi. Sekian sahaja penceritaan saya
tentang idola saya. Okaylah sampai
disini sahaja perkongsian saya terima kasih kerana membaca blog ini. Good bye
dan assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment