Thursday, 5 February 2015

Kolagen yang Betul

 
Assalammualaikum
Syukur lah hari ini kita dapat lagi melihat dunia.
semua homework Miss dah siap. Yadoii hampir putui tangan chekk..
 hari ni Miss nak berkongsi pasal kolagen sikit.
sekarang ni popular betul dengan produk kolagen nie, pelik betuii Miss tengok. Padahal umur baru 17 tahun tapi dah mula cuba-cuba Kolagen. Biasalah kalau kulit burn baru lah student namanya kan?
lagipun bukan ada sapa-sapa nak tengok pun.huahua...
Now kita terus kan dengan perbincangan kita...

 
Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Fungsi kolagen

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
Kesan kolagen pada badan
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
Kesan kekurangan kolagen dalam badan
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. 
tanda-tanda penuaan

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan
so,dah tahukan apa tu kolagen. pengguna kolagen ni khas bagi orang yang berumur 25 tahun ke atas bukan untuk 17 tahun.
sampai sini sahajalah entry kali nie Miss cuma berkongsi dengan apa yang patut di kongsikan sebelum terlambat.so, kawan-kawan jangan lah menggunakan produk yang boleh buat kita dalam bahaya tapi pakai lah produk yang boleh melindungi kita.                                                                                          

Tuesday, 3 February 2015

BAHASA MELAYU SPM: Kepentingan Makanan Seimbang

BAHASA MELAYU SPM: Kepentingan Makanan Seimbang: Dasawarsa, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Sejak d...

Monday, 2 February 2015

Miss Unknown : Jom berkongsi: maksud selfie dan keburukannya

Miss Unknown : Jom berkongsi: maksud selfie dan keburukannya:  Assalammualaikum kepada pembaca blog ini Hihi sejak kebelakangan ini kita sering mendengar perkataan ‘selfie’ tak kira dari...

Senyum itu Satu Sedekah

                                            

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Syukur alhamdulillah kita masih diberikan udara untuk kita bernafas.

Senyum?
Apa itu senyum?
senyum adalah ungkapan rasa senang ataupun bahagia yang ada dalam dirinya karena sesuatu. Senyum kerana ada perkara lucu, unik ataupun perkara yang membuat dia tertarik dan senang akan hal tersebut.

Mengikut kajian apabila kita mengerutkan wajah,kita menggunakan lebih seribu urat manakala apabila kita tersenyum kita hanya menggunakan satu urat. 

Banyak manfaat apabila kita senyum pada semua orang. jangan senyum sorang2 ye sudah hahaha.

Manfaat senyum manis:

1. Senyum membuat kita lebih tampak menarik.
Orang yang pintar tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang. Orang yg selalu merengut, cemburut, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak selesa.Apabila kita tersenyum manis pasti kita akan mempunyai ramai rakan.

2. Senyum membuat perasaan lebih baik.
 Jika Anda sedang sedih, cbalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut penelitian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah. Walaupun kita mempunyai masalah yang negara sekalipun, senyuman dapat membantu masalah anda.

3. Senyum dapat menularkan energi positif.
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

 4. Senyum menghilangkan stres.
Stres boleh terlihat di wajah. Senyuman boleh melenyapkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika Anda stres, ambil waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih lapang. Tapi tetap diperhatikan tempatnya, jangan sampai senyum sembarangan.


6. Senyum menurunkan tekanan darah.
Buktikan dengan mencatat tekanan darah saat Anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat Anda tersenyum saat diperiksa. Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum membuat awet muda.
 Senyuman menggerakkan banyak otot . Akibatnya otot wajah terlatih sehingga Anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan byk tersenyum, Anda akan terlihat lebih awet muda.

Let's show your smile

Marilah sama-sama kita senyum.Bukan sahaja dapat pahala malah ia satu sedekah.

sampai disini sahaja lah entry kali.  Miss rasa dah cukup banyak Miss membebel. hahaha
salam berhemah daripada Miss.. Good TATA!!

Thursday, 29 January 2015

Hadiah dari Seorang Ibu


Bismillahirrahmannirrahim
alhamdulillah hari ini dapat lagi kita semua bernafas..
lama tak buka blog ni.. Banyak sangat kerjanya bila nak buka blog. Berlambak homework nak buat and banyak tuition nak kena pergi.

Hari ni Miss nak story sikit.. kejadian ni berlaku dua minggu lalu. Ibu ajak Miss pergi shopping.(biasalah perempuan kan). Miss ingat ibu cuma nak beli barang keperluan, tak sangka pula ibu belikan handbag baru untuk Miss. Miss cuma nak purse biasa jer tapi ibu beli kan handbag terus. Harga beg tu tak ada lah mahal sangat tapi memadai lah untuk dipakai masa nak keluar makan angin(bukan buang angin yep). bak kata ibu 'alah membeli menang memakai'. Bagi Miss semua tu membazir tapi ibu kata handbag tu diwajibkan untuk wanita. So, terima saja lah.




ni lah handbag yang ibu belikan huhu just biasa je


 Walaupun hadiah yang diberikan oleh ibu tidak semahal mana pun tapi ia sangat berharga buat Miss. Beg ni lah yang Miss bawa kemana-mana huhu. Hadiah seorang ibu lebih bernilai daripada hadiah daripada seorang teman lelaki. So, jangan lah kita merungut bila ibu belikan apa-apa yep tapi cakap lah kepada terima kasih kepadanya.

sampai sini sahaja lah story Miss tentang ibu Miss
Miss cuma nak cakap i love you ibu.

Ceriakan dirimu dengan menutup aurat

                               
Bismillahirahmannirrahim
assalammualaikum dan selamat malam
Alhamdulillah kita di berikan oleh Allah oksigen untuk kita bernafas setiap saat.
hari ni Miss nak berkongsi kepada kakak,emak,adik dan semua orang lah tentang cara nak menutup aurat dengan sempurna.

Ramai diluar sana belum mengetahui cara menutup aurat dengan sempurna.. bertambah pula dengan fesyen-fesyen yang digayakan sekarang amat tidak memberangsangkan, malah lebih teruk.
okay kita teruskan dengan main point sahaja..

                          

meh sini:
Apakah definisi aurat?

Aurat adalah perkara yang tidak baik atau keaiban yang perlu ditutup daripada pandangan ajnabi dan hanya boleh dilihat oleh mahram, iaitu dalam kalangan mereka yang tidak boleh dikahwini.

                              
Cara mengekalkan perubahan?
Cuba untuk istiqamah. Dan antara faktor yang boleh mengekalkan perubahan adalah:
- Persekitaran
- Rakan sebaya
- Intra personal strength 

Ciri-ciri yang perlu dipatuhi oleh wanita islam yang sudah baligh:
1- Menutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Ada sesetengah ulamak membolehkan bahagian kaki untuk tidak ditutup; mengikut keadaan dan masa.
2- Bersederhana. Boleh memakai wangian, tetapi sekadar untuk diri sendiri, dan sedikit. Dan bukan bertujuan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi.
3- Pakaian itu diiktiraf.*
4- Pakaian yang tidak menyerupai lelaki.
5- Pakaian yang tidak menyerupai agama lain.
semoga anda semua dapat cuba dan amalkan.. sebagai wanita kita perlulah menjaga aurat kita. menutup itu lebih baik daripada membukanya.
sampai disini sahaja entry kali ini. apa yang baik kita kongsi kan seluruh dunia.

Mari berkongsi: Doa tafrijiyah

assalammualaikum dan selamat malam
dah berkurun tak buka blog , habis berhabuk blog nie.. dah satu kerja pula Miss nak mengelamnya haha
apa yang Miss mengarut  ni malam-malam macam.

tajuk kita hari ini Miss nak kongsikan kepada pembaca satu doa yang boleh kita amalkan setiap hari,jam,minit dan saat kecuali dalam tandas lah hehe. banyak kebaikannya yang kita dapat.

miss selalu amalkan doa ni ke mana dan di mana sahaja Miss berada
  

  kebaikan membaca doa tafrijiyah:
1) Dibaca setiap hari 41 kali atau 100 kali: Insya Allah dapat menyelesaikan masalah Penting dan dimudahkan urusan hidupnya

2) Dibaca 11 kali setiap lepas solat Fardhu : Insya Allah rezeki anda tidak putus disamping mendapat kedudukan yang tinggi..

Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki.. Supaya dengan lebihan rezeki yang berjaya anda perolehi dapat disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.. Bila kita banyak bersedekah, Insya Allah kita akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan Akhirat..
 
sampai sini sahaja entry kali ini..
mari berkongsi semua kebaikan di bumi Allah.