Assalammualaikum
Syukur lah hari ini kita dapat lagi melihat dunia.
semua homework Miss dah siap. Yadoii hampir putui tangan chekk..
hari ni Miss nak berkongsi pasal kolagen sikit.
sekarang ni popular betul dengan produk kolagen nie, pelik betuii Miss tengok. Padahal umur baru 17 tahun tapi dah mula cuba-cuba Kolagen. Biasalah kalau kulit burn baru lah student namanya kan?
lagipun bukan ada sapa-sapa nak tengok pun.huahua...
Now kita terus kan dengan perbincangan kita...
Apa itu kolagen?
Kolagen adalah
protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya
merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan.. Ia
menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan
dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai
polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple
helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai
panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan
terpenting abad ini.
Kolagen terdapat
pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku),
tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan
organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Fungsi kolagen
- menghasilkan asid amino penting seperti :
- lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
- hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
- alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
- arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
- mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
- melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
- menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
- menampung air dalam tubuh.
- meningkatkan penyerapan kalsium.
- menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
- meningkatkan isyarat induksi
- menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
Kesan kolagen pada badan
- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan(inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
Kesan kekurangan kolagen dalam badan
Penghasilan
kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25
tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian.
Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh
daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan
kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen
diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti
osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk
kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
tanda-tanda penuaan
- kulit kusam
- tak bermaya
- tiada seri
- kulit kedut dan mula kendur
- pigmentasi kulit
- cepat letih dan lesu
- sakit badan dan sendi
- mudah lupa
- kurang penglihatan
so,dah tahukan apa tu kolagen. pengguna kolagen ni khas bagi orang yang berumur 25 tahun ke atas bukan untuk 17 tahun.
sampai sini sahajalah entry kali nie Miss cuma berkongsi dengan apa yang patut di kongsikan sebelum terlambat.so, kawan-kawan jangan lah menggunakan produk yang boleh buat kita dalam bahaya tapi pakai lah produk yang boleh melindungi kita.
No comments:
Post a Comment