Monday, 10 August 2015

Lahir menjadi seorang Islam

Assalammualaikum hai pembaca blog ini rindu Miss tak?haha sibuk lah dah tak sempat nak blogwalking macam dulu nak aktif macam dulu pun dah tak boleh. Nak trial punya pasal. Result masih teruk lagi nie haha. Nak study pun tak selesa nyahh haha.

Tajuk entry kali ni lahir menjadi seorang islam. Islam... hmmm islam how to be a islam person? Adakah menjadi islam hanya dengan solat?adakah menjadi islam hanya setakat membaca al-quran?adakah menjadi islam hanya dengan membaca doa? Dengan cara itu kita sudah menjadi islam? Jawapannya TIDAK!!!!
Islam bukan hanya itu sahaja. Islam adalah agama yang penuh keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Islam mengajar kita cara untuk mengingati penciptaNya. Islam mengajar kita erti hidup bertamadun. Kemunculan tamadun islam yang wujud sekalian lama telah banyak mengajar umat manusia erti hidup sebagai contoh kerajaan abassiyyah yang telah membangunkan dalam memajukan pelbagai bidang mengikut ajaran islam. Inilah yang dikatakan islam.

Sebaliknya dalam zaman ini, penganut agama islam tidak lagi mengikut ajaran dan perilakunya sebagai seorang islam. Terdapat banyak pencabulan islam di sana sini. Yang muslim melakukan maksiat yang muslimah menunjukkan aurat. Adakah ini namanya islam? Ini kah lahirnya seorang islam? Mana perginya semangat juang kita? Mengapa kita perlu mengikut aturan teknologi dan fesyen sehingga kaum yahudi boleh mempermainkan kita? Nauzubillahimminzalik jauhkan perkara daripada diriku yang sentiasa hilaf ini ya Allah.
Zaman ini telah kembali ke zaman jahilliyah. Manusia diluar sana telah membunuh sesama sendiri. Sedihnya dunia ini... inikah pengakhiran seorang islam?

Malangnya tidak. Islam takkan hilang. Satu hari dunia ini akan kembali jatuh ke tangan islam. Islam akan memerintah dunia ini. Saat itu di dunia ini tiada lagi yahudi, tiada lagi kafir yang ada cuma islam. Sinar kegemilangan akan menyinar ke seluruh dunia.

Sampai disini sahaja lah entry kali ini..tq membaca blog nie alhamdulillah

No comments:

Post a Comment