Friday, 28 August 2015

Menghilangkan rasa sakit hati a.k.a sedih

Anda semua pernah sakit hati?pernah sedih? Sebagai manusia mestilah pernahkan. Manusia tak akan lari daripada rasa sakit hati and sedih tu. Kenapa? Hmm sebab Allah ciptakan manusia ini dengan pelbagai kelemahan. Kenapa? Sebab dia nak kita sentiasa ingat akan Dia yang maha berkuasa. ALLAHHUAKBAR!!

Masa kita sakit hati mesti akan muncul perasaan marah. Benci. Rasa perit yang terbuku dihati. Lagi- lagi bila orang tu tak pedulikan langsung. Toksah rasa macam tu sekali. Kita mesti kuat dalam apa jua keadaan. Kalau kita sakit hati,jangan pernah tunjukkan dihadapan dia yang kita sakit hati. Tabahkan hati seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kuatkan semangat dalam menghadapi situasi seperti ini. Kalau kita sakit hati, banyakkan mengucap dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan percaturan hidup kita. Kalau kita sakit hati,pergi ambil wudhuk dan bersolatlah bagi menenangkan perasaan. Jika sedih pun sama.... jangan pernah cuba tunjukkan yang kita lemah. Tidak kiralah lelaki ataupun perempuan. Walaupun pedih macam mana pun, cuba lah lepaskan masalah itu. cuba lah memaafkan diri sendiri itu lebih baik daripada terus menyalah kan.

Sampai sini sajaja syarahan kali ini. Hanya mampu berkongsi tips and nasihat. Bai assalammualaikum islam

1 comment:

  1. la tahzan;)


    nak jemput JOIN dan SUPPORT 1st GA ena..: http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html


    TIA!

    ReplyDelete