Thursday 3 December 2015

membaca is awesome


Siapa tahu membaca banyak memberi manfaat kepada kita. terlalu banyak sampai tidak boleh dikira. kita dapat membaca ini melalui pelbagai kaedah seperti membaca entri miss ini (haha berseloroh sekejap).
membaca ini boleh dikatakan awesome. kalau tak baca macam mana kita tahu arah jalan pada signboard jalan. tak pun maklumat yang diberikan oleh telefon pintar. sekarang pun kalau nak makan pun kena membaca juga. tak percaya? kalau nak order makanan mesti kita kena baca menu kan? so membaca ni kepada umat manusia sangat penting. membaca inilah adalah satu permulaan evolusi manusia maju ke hadapan. cuba kita lihat negara maju yang lain, mereka sangat suka akan membaca tak kisah lah membaca apa sahaja,suratkhabar ke,handphone ke, buku ke,,, sebab itu lah negara mereka sangat maju berbanding kita kerana sikap mereka yang sangat cintakan ilmu pengetahuan.


Image result for membaca

walaupun hanya membaca sedikit maklumat, tetapi kesannya terlampau banyak. contohnya, dengan hanya membaca sepuluh huruf daripada al-quran , kita mampu mendapat pahala yang berganda. banyakkan kesannya daripada membaca?
bukan setakat itu sahaja... dengan hanya membaca sebuah buku tentang seseorang, kita mampu mengetahui peristiwa dan peribadi seseorang itu seperti buku #Amoi Berhijab. buku tersebut mengenai tentang kisah seorang artis yang terkenal bernama Felixia Yeap atau Raisyyah Rania Yeap yang telah memasuki agama islam. buku ini amat bagus bagi memberi dorongan kepada umat yang lain dalam menjalani ibadah islam.

membaca juga dapat memberikan kita banyak ilmu pengetahuan. dalam dunia ini ilmu itu penting bagi memajukan negara. bukan itu sahaja membaca ini menjadikan kita mengetahui segalanya tentang kehidupan. tanpa ilmu kita seperti orang jahilliyah yang tidak mengetahui apa-apa.
oleh itu kawan-kawan diluarsana marilah amal kan sifat suka membaca ini.

bukan setakat itu sahaja, membaca jugak boleh buat kita terhibur. hmm tak percaya? contohnya kita baca novel, seperti novel cinta, novel horror dan sebagainyalah. pasti ada scene yang boleh buat kita ketawa, menangis atau marah. hal ini kerana novel ini yang ditulis oleh penulis karya yang berbakat bagi perkembangan emosi kita. hal ini juga menjadikan kita boleh berimaginasi. so tak ada sebab orang kata yang membaca ini membosankan.

oleh itu, sebagai generasi masa kini marilah kita semua amalkan sifat suka membaca ini dalam diri masing-masing supaya kita mampu bersaingan dengan negara maju yang lain.

No comments:

Post a Comment