Tuesday 1 December 2015

sahabat change to percintaan






alhamdulillah semoga Allah merahmati kita semua.
banyak yang kita tahu apabila kita berkawan yang berlainan jantina pasti dalam hati kita terdetik sedikit perasaan aneh atau yang lebih baik perasaan cinta. oleh sebab itu dalam islam, kita sebagai umatNya perlu ada batas dalam pergaulan seperti bertepuk tampar,bersentuhan kulit dan memperlihatkan aurat masing-masing.


perasaan itu mungkin terbit dengan perlahan kerana kawan terutamanya dilabelkan sebagai bestfriend forever akan selalu berada disisi kawan rapatnya. kadang-kadang mungkin dah kenal sejak daripada kecil lagi yang mengakibatkan si dia sangat mengenali kita dan sangat rapat. teman rapat kita ini lah yang sering mendengar rungutan,masalah dan sebagainya. jadi kurangkan berceritakan hal peribadi inj.

kadang-kadang juga perasaan ini juga muncul dengan tidak sengaja. hal ini mungkin disebabkan hasutan daripada sang suara syaitan. jadi kita sebab umat islam tidak seharusnya mendengar hasutan tersebut dan menyematkan niat bagi sekadar berkawan sahaja. niat itu penting bagi mengelakkan diri daripada terjerumus ke arah maksiat.

elak menjadi terlalu rapat apabila terbitnya perasaan cinta. hal ini kerana hubungan yang rapat bukan sahaja menyebabkan kita jatuh cinta bahkan mungkin tercetusnya perasaan cemburu terhadap teman rapatnya.



perkara sebegini mungkin akan hubungan persahabatan kita akan terputus dengan begitu mudah. jadi beringat lah sebelum melaksanakannya. yang pasti Allah dah menentukan semua jodoh , ajal, pertemuan dah sebagainya.jika dah jodoh pasti tidak kemana. insyaallah

No comments:

Post a Comment