Thursday 17 December 2015

Semakin Resah dengan Result SPM


hello readers...wuuuuuwaaaaa lama tak update entry baru. tak ada idealah akhir-akhir ni. lagi satu mood pulak tak ada nak buat entry. holiday macam ni memang boring sebab semua sibuk nak pi holiday pun payah, so memang sukar bagi saya menggembirakan diri. setiap hari adalah kerja. sejak dah tak sekolah and dah tamat sekolah ni kerja saya hanya kemas rumah, sapu rumah siram bunga and masak sahaja. lain kerja melantak tv (cerita drama korea) sambil makan popcorn tambah tidur sekali. tu jer lah kerja miss. dah macam ibu-ibu, para isteri pulak gayanya.no feeling nak buat apa-apa. nak kerja tapi tak ada transport pulak nak pi kerja biasalah anak manja macam miss ni memang banyak kesukaran daripada kesenangan. so kita makan, tidur, berak jer lah kat rumahnya. dah banyak sangat miss merepek sambil makan kerepek nie.

miss memang akhir-akhir ni memang agak resah sikit bukan sikit lagi memang resah gila. banyak dengar pasal result spm ni. macam-macam sampai depress miss dibuatnya. ye lah kan nak amik result lepas tu ibu pulak cakap yang pelik-pelik kalau tak dapat straight A's. banyak sunggu tekanan sampai tak lalu nak makan. tak ada mood nak tengok tv.  tak lena nak tidur. pelbagai lah. miss dengar ramai yang tak lulus sejarah and bahasa malaysia. benarkah? katanya dah disiarkan di astro awani. makin lah tertekan. serius ni soalan memang susah tapi masih boleh jawab lah. bila dengar berita yang macam ni tahap keyakinan terus jatuh merundum.

ada yang lagi best, result spm diumumkan awal iaitu 23 januari 2016. cepat sungguh. terlalu banyak spekulasi yang disiarkan di laman sosial yang buat miss bertambah tertekan plus gila tentang result miss. nak sambung study lagi macam-macam. buat hidup miss langsung tak aman. asyik fikir jer benda tu. spekulasi yang disebarkan itu menyebabkan ramai yang kecoh seperti kepochi and menjadi lebih huru hara seperti esok sudah tiada.

miss nie pun hanya tawakal and banyak berdoa untuk menghilangkan resah di hati miss. insyaallah kalau kita sudah berusaha pasti akan berjaya kan. amin insyaallah.

No comments:

Post a Comment