Saturday, 28 March 2015

Kehilangan yang tersayang



Hai awak semua.. kita bertemu lagi. Hari ini hari sedih buat Miss and keluarga kerana baru kehilangan kucing kesayangan family. Bila orang dengar cerita mesti ada yang pelik. Hilang kucing jer kot tapi sedih macam hilang orang. Bagi orang ,kucing hanya binatang peliharaan tapi bagi Miss kucing Miss tu sebahagiaan daripada keluarga Miss.

Sejak dulu lagi keluarga Miss memelihara kucing dalam rumah. Mula-mula ibu Miss tak suka tapi lama-lama dia yang sayang kucing tu. Sebab tu lah Kucing dengan keluarga Miss tak boleh dipisahkan.

Banyak kucing Miss mati sebab makan racun. Jiran Miss selalu letak racun kat reban ayam. Tahulah kucing Miss selalu spy ayam dia. Tapi bukanya nak makan pun. Keluarga Miss marah sangat. Apalah dosa kucing tu sampai racunkan dia. Nie lah sikap manusia sekarang tak suka binatang bunuh jer. Macam yang masuk dalam berita dulu tu dipotong kaki kucing tu sebab curi ikan.Teruknya lahai. Ubah lah sikap tu wahai umat manusia sekalian.

Terlalu banyak kehilangan kucing sampai tinggal satu jer. Tu pun kucing jantan.Kucing tu lah yang buat semua family Miss seronok dengan gelagatnya. Sapa-sapa yang nampak mesti melting sebab dah lah gemuk lepas tu main lari-lari pulak.Dah tiga hari tak balik rumah. Keluarga Miss semua risau. Miss pulak dah mula rindu. Kalau tak tu lah tempat Miss bermain. Keluarga Miss sahkan yang kucing tu dah mati kena makan dengan ular. Tak apa lah. Nanti dalam syurga kita bertemu lagi..

Okaylah sampai sini sahaja entry kali ini good bye2 oppa and unnie.

Thursday, 26 March 2015

Tahun last untuk sekolah

 
hai awak semua, Lama tak buat entry baru. Sibuk lah kebelakangan nie. Asyik kena fikir pasal sekolah jer. Sukan lah,Kemas bilik pengawas lah.. Entah pape lah.

Dah 4 tahun Miss tak ambil acara sukan tiba-tiba kena amik acara sukan. Tahankan jer lah sebab tahun lastkan kena lah buat. Tapi yang malangnya tak menang. Nak buat macam mana bukan senang nak kalahkan atlet sekolah. Masa hari sukan Miss and geng kawad kaki kena buat persembahan. Ish lagi dasyat.Masa latihan asyik lupa jer nasib baik lah masa persembahan power gila ahahahah.













Lihat aksi-aksi gambar kami semasa dan selepas kawad...Memory
okay lah Miss tak nak cerita banyak.Sampai sini sahaja entry kali ini.

Friday, 20 March 2015

The Wannababes

 
Hai teman-teman sekalian. Holiday dah nak habis. Sekejap jer dah habis seminggu cuti.Holiday pun tak pergi mana-mana. Just duduk kat rumah then pergi tuition. Sedih pulak.
Besok dah naik cuti morhhhh.

Korang pernah dengar The Wannababes. ERm rasanya kumpulan tu dalam novel karya Ain Maisarah. Miss suka novel tu. Novel yang khas untuk para remaja baca. Bukan novel cinta yang semakin hangat dipasaran. Miss peminat novel tak ketinggalan memiliki novel ni.Banyak pula bebel.

The Wannababes adalah kumpulan remaja daripada kalangan orang kaya. Nama pun orang kaya perh memang ada sifat sombong lah. Ahli kumpulan The Wannababes merangkumi 6 orang.

Tapi Miss bukannya nak cerita pasal The Wannababes yang tu. Miss nak cerita pasal The Wannababes dari sekolah Miss hahah..

The Wannababes

  


ini lah the wannababes from my school. Wah tapi dorang bukannya the wannababes yang sombong tu tapi dorang nie yang paling gila dalam dunia. Asyik ketawa jer.Kalau korang dalam masalah pun boleh hilang masalah korang hanya dengan bergurau dengan dorang. Tak tahu lah kalau dah berpisah macam mana. Mesti sedih jer kan?


Without them I cannot do anything. Thank you my friend

Fokus dalam kelas

 
hai korang semua. Lama tak buat update entry. Tengah cari bahan nak buat entry. Dah macam assignment pulak nak buat entry hahaha.Bakal Student universiti katakan. Perasan lah Miss nie. Tak salahkan nak berangan sikit haha.

fokus tak kami?kelas addmath

sapalah yang pakai baju merah tu?


Fokus dalam kelas.Awak semua fokus tak dalam kelas?mungkin 15 minit mula kelas kita fokus selepas itu terus malas nak fokus. Betul tak? Miss pun macam tu jugak.Memang mula-mula kelas rasa macam rajin jer nak fokus tapi bila dah 15 minit berlalu perh ngantuk sahaja. Lagi-lagi kalau dalam class addmath rasa nak baring jer.

Bagaimana nak fokus dalam kelas?Miss ada jugak cari website tentang ni. Banyak juga lah entry tajuk ni. Ikut pengetahuan Miss yang Miss baca dan dengar. Niat dalam hati itu penting untuk fokus dalam kelas. Jika kita niat dari awal lagi untuk belajar,pasti kita akan terus fokus tanpa rasa mengantuk.

Sediakan air masak semasa berada disekolah. Sekurang-kurangnya satu botol air segar. Apabila dalam kelas ,mesti rasa mengantukkan?so kalau mengantuk baca basmallah untuk yang muslim dan tarik nafas perlahan serta minum. Pasti lepas tu kita boleh fokus dalam kelas.

Yang paling penting kalau nak fokus dalam kelas. Pegang lah pensil kat tangan tu. Tulis nota apa yang patut supaya kita akan terus fokus tanpa rasa mengantuk.

Kalau rasa tak boleh fokus jugak, ambillah masa beberapa minit untuk pergi ke tandas. Tapi jangan pulak ambil masa yang lama. Kang tertinggal pulak pelajaran tu.

So,lepas nie boleh kita bersama-sama fokus dalam kelas. hahaha jangan tidur pulak. nanti satu benda pun tak masuk dalam otak. Sampai sini sahaja entry kali ini.Maaf jika ada kekurangan. Bye oppa and unnie

first time pakai spec..tanpa cermin

Wednesday, 18 March 2015

Bila kita Rindu seseorang

 
Selamat pagi.Sejuknya pagi ni lagi sejuk daripada pagi semalam. Hari ni Miss malas nak jogging. Ramai sangat orang kat taman. Miss ni dah lah antisosial dengan semua orang.Pemalu terlebih.Bila kita termenung seorang diri barulah kita perasan yang kita rindu seseorang bukan rindu GF/BF tapi rindu kawan-kawan kat sekolah,kawan lama atau pun family kita.

 

Bila kita rindu seseorang,cara yang lebih baik adalah mendoakan kesejahteraannya supaya dia sihat sejahtera. Itu cara yang lebih baik bila kita rindu seseorang. Kebanyakan orang hanya melihat gambar sahaja sebagai melepas rindu katanya. Kalau boleh janganlah hanya melihat gambarnya sahaja tapi mendoakannya dia.

Rindu akan seseorang akan bebas apabila kita memejamkan mata dan membayangkan saat indah bersama mereka yang kita rindu dan sayang. Itu akan membuat kita lebih baik bila kita rindu seseorang. Walaupun mereka tiada lagi di dalam dunia ni tapi kita akan merasakan dia hidup di dunia ini kerana kita membayangkannya.

Bila kita rindu seseorang,banyakkan sedekahkan Al-Fatiha kepadanya bukan sahaja untuk mereka yang telah meninggal dunia untuk orang masih bernafas dimuka bumi juga boleh menerimanya. Sedekahkan Al-Fatiha adalah sangat penting kepada seseorang yang rindu akan orang lain.

So lepas ni jangan menangis teresak-esak pulak sebab rindu seseorang. Tak baik..
Okaylah sampai sini sahaja entry kali ini.Maaf kalau banyak kekurangannya.Bye oppA and unniE

Kelebihan jika kita single

 
Hai teman-teman. Petang-petang ni cari bahan buat entry baru. Hahahah.Ramai orang tanya kenapa Miss masih single? Apa masalahnya kalau Miss single? Miss paling tak suka kalau orang tanya macam tu. Single ke couple ke tak penting. Lagi satu couple boleh dapat apa jer? Rasanya nothing. Betul tak?

 

Single?apa kelebihan apabila kita single?Selalunya kalau couple mesti mengadap handfone sahaja.Tahu tak keburukannya kalau kita meluangkan masa di hadapan telefon,mata kita akan rosak disebabkan cahaya dari skrin telefon.Tapi bila kita single kita dapat isi masa kita dengan buku dan study sahaja sebab tak ada masa nak mesej-mesej dengan orang lain. Kalau kita dah hadap buku jer maka kita dapat skor A.

Next,bila kita single,kita dapat menjimatkan duit belanja kita untuk beli topup. Kalau kita couple,berkemungkinan besar kita banyak habiskan hampir berpuluh-puluh ringgit hanya untuk beli kredit sahaja. Sekurang-kurangnya kalau kita dapat jimatkan duit belanja tu,kita dapat beli benda lain macam tudung ke?baju baru ke? what so ever lah..

Plus,benda yang paling penting,bila kita single kita dapat usha orang lain hahaha. Yelah kan kita cuci-cuci mata kan tengok cowok,tengok cewek hahaha.Miss mengarut lagi.

Mungkin orang kata kita akan rasa sunyi kalau kita tak couple. Siapa cakap?Miss tak pernah sunyi sebab family Miss sentiasa isi hati Miss dengan keseronokan. Selalu luangkan masa dengan Miss. Biasanya Miss banyak luangkan masa dengan buku Miss tak pun blog nie lah yang Miss luangkan. Tak payah nak sibuk-sibuk nak couple sebab Miss tahu Kalau couple pun tak semestinya dapat kahwin dengan orang yang kita couple tu. kan?

 

So,lepas nie jangan lah sedih bila tak ada orang nak ajak kita couple. Tak penting couple tu. Bercinta lepas kahwin lebih baik. Tak ada lah kita tambah dosa.hahah

Dah banyak yang Miss membebel.
okay lah sampai sini sahaja entry kali ini. Bye oppa and unnie

Cita-citaku Daki Gunung

 
Hai teman alam maya. Sekarang ni masa holiday ,memang malas nak study. Tengok televisyen jer lah. Selagi masih boleh tengok kita tengok. Homework yang berlambak tu perh tak sentuh lagi lagi-lagi bila addmath. Tunggu lah naik sekolah baru terkocoh-kocoh nak buat. Ish apa nie Miss bebel.



We start now,tadi Miss tengok cite Roommate korean variety show.Bagi peminat korea mesti tahu cite ni. Cerita ni lebih kurang macam Running Man tapi tak sama pun.Kebetulan dorang cita pasal daki gunung tau. Erm best ye teringin nak pegi. Buat muka comel. Gunung yang diorang pegi ni gunung bersalji. Miss nampak lah kesusahan dorang. Cita-cita Miss makin meninggi. Nak sangat pegi daki gunung. Lagi-lagi kalau kat luar negara kan. Mesti best. Miss dah macam pak pandir berangan jer hahaha.Tunggu lah bila masuk Universiti baru lah dapat ikut daki gunung hahaha.

 Kebetulan sangat-sangat bulan depan sekolah Miss ada buat camping.Miss dengar buat kat Gunung Berlumut. Tak pasti lah betul ke tidak. Kalau betul, cita-cita Miss tercapai lah jua. Wow tak sabarnya nak daki gunung. Mountain i 'm coming hahahah. Miss dah gila. Nanti Miss citekan pulak pasal camping sekolah Miss akan datang. Saksi pada episod akan datang hahaha.

okay sampai sini sahaja Miss bebel nanti Miss sambung balik okay.. Bye oppA and unniE.