Wednesday, 18 March 2015

Bila kita Rindu seseorang

 
Selamat pagi.Sejuknya pagi ni lagi sejuk daripada pagi semalam. Hari ni Miss malas nak jogging. Ramai sangat orang kat taman. Miss ni dah lah antisosial dengan semua orang.Pemalu terlebih.Bila kita termenung seorang diri barulah kita perasan yang kita rindu seseorang bukan rindu GF/BF tapi rindu kawan-kawan kat sekolah,kawan lama atau pun family kita.

 

Bila kita rindu seseorang,cara yang lebih baik adalah mendoakan kesejahteraannya supaya dia sihat sejahtera. Itu cara yang lebih baik bila kita rindu seseorang. Kebanyakan orang hanya melihat gambar sahaja sebagai melepas rindu katanya. Kalau boleh janganlah hanya melihat gambarnya sahaja tapi mendoakannya dia.

Rindu akan seseorang akan bebas apabila kita memejamkan mata dan membayangkan saat indah bersama mereka yang kita rindu dan sayang. Itu akan membuat kita lebih baik bila kita rindu seseorang. Walaupun mereka tiada lagi di dalam dunia ni tapi kita akan merasakan dia hidup di dunia ini kerana kita membayangkannya.

Bila kita rindu seseorang,banyakkan sedekahkan Al-Fatiha kepadanya bukan sahaja untuk mereka yang telah meninggal dunia untuk orang masih bernafas dimuka bumi juga boleh menerimanya. Sedekahkan Al-Fatiha adalah sangat penting kepada seseorang yang rindu akan orang lain.

So lepas ni jangan menangis teresak-esak pulak sebab rindu seseorang. Tak baik..
Okaylah sampai sini sahaja entry kali ini.Maaf kalau banyak kekurangannya.Bye oppA and unniE

2 comments:

  1. yup betul sedekah al fatihah even kalau tk meninggal pun :) nice sharing btw! mmg kdg kdg tu kalau duduk sorg sorg tetiba teringat kawan zaman sekolah rendah dulu and so on hehe :)

    ReplyDelete