Hai awak semua.. kita bertemu lagi. Hari ini hari sedih buat Miss and keluarga kerana baru kehilangan kucing kesayangan family. Bila orang dengar cerita mesti ada yang pelik.
Sejak dulu lagi keluarga Miss memelihara kucing dalam rumah. Mula-mula ibu Miss tak suka tapi lama-lama dia yang sayang kucing tu. Sebab tu lah Kucing dengan keluarga Miss tak boleh dipisahkan.
Banyak kucing Miss mati sebab makan racun. Jiran Miss selalu letak racun kat reban ayam. Tahulah kucing Miss selalu spy ayam dia. Tapi bukanya nak makan pun. Keluarga Miss marah sangat. Apalah dosa kucing tu sampai racunkan dia. Nie lah sikap manusia sekarang tak suka binatang bunuh jer. Macam yang masuk dalam berita dulu tu dipotong kaki kucing tu sebab curi ikan.Teruknya lahai. Ubah lah sikap tu wahai umat manusia sekalian.
Terlalu banyak kehilangan kucing sampai tinggal satu jer. Tu pun kucing jantan.Kucing tu lah yang buat semua family Miss seronok dengan gelagatnya. Sapa-sapa yang nampak mesti melting sebab dah lah gemuk lepas tu main lari-lari pulak.Dah tiga hari tak balik rumah. Keluarga Miss semua risau. Miss pulak dah mula rindu. Kalau tak tu lah tempat Miss bermain. Keluarga Miss sahkan yang kucing tu dah mati kena makan dengan ular. Tak apa lah. Nanti dalam syurga kita bertemu lagi..
Okaylah sampai sini sahaja entry kali ini good bye2 oppa and unnie.
kesiannya dekat kucing awak kan
ReplyDeletetersaangat kesian
DeleteCik Candy pun ada sekor kucing ksygan. sbnarnya binatang peliharaan yang tak banyak ragam.. senang nak dijaga.. sebab tu dianggap sbahagian dari pada family kan...
ReplyDeletebetul tu dah jadi adik angkat untuk keluarga
Delete