Wednesday 26 August 2015

Kehidupan sebagai pelajar

Assalammualaikum kepada para pembaca blog miss ni. Hmm hari ini hari terakhir buat miss bersuka ria. It is because esok exam trial untuk spm. Ya Allah sekejapnya masa berlalu. Macam baru semalam miss masuk tingkatan 1 ke sekolah tu. Banyak suka dan duka yang miss lalui. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi yang miss dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk merasai saat getir seperti ini. Tak disangka aku berjaya ke hadapan dengan kaki sendiri. Banyak betul miss membebel.

Kehidupan sebagai pelajar. Apa yang kita tahu yang kehidupan pelajar ini pergi sekolah balik sekolah. Pergi tuition balik tuition. Belum kira homework yang macam gunung kinabalu. Haha. Boleh dikatakan yang hidup sebagai pelajar nie tak pernah aman daripada dugaan Allah. Exam yang mencabar jugak amat menggerunkan setiap pelajar.

Miss tahu memang kehidupan pelajar ini amat memenatkan sehingga kita rasa fade up dengan life kita. Kadang tu rasa nak berhenti sekolah. Hidup sebagai pelajar kita tak boleh mengeluh. Untuk kita berjaya,kita mesti berhenti memberi seribu satu alasan. Capai matlamat tu adalah lebih penting. Proses sebagai pelajar jugak ada alirannya. Sebagai contoh kita sebagai seorang pelajar perlu menghormati guru yang mengajar kita. Itu yang sangat penting apabila kita berada di sekolah. Apabila di rumah, orang yang kita patut hormati ada lah parent. Sebab parent dah jaga kita sejak kecil lagi dan bagi mendapat berkat kepada kita sepanjang menjadi seorang pelajar. Sifat seorang pelajar itu penting bagi mengimbangi ekosistem seorang pelajar. Emosi kita tidak boleh mengawal diri kita. Belajar kawal diri untuk menjadi pelajar cemerlang.

Dengan itu barulah perfect hidup kita sebagai seorang pelajar. Walaupun stress belajar tapi ingat lah Allah sentiasa membantu hambanya yang dalam kesusahan. Kalau cikgu bagi homework macam gunung pun sentiasa think positive.

Okay lah setakat ini kata yang boleh miss membicara. Diharap awak yang hendak exam besar banyakkan doa kepada yang maha Berkuasa. Sekian dari miss. Doakan miss boleh jawab soalan dengan baikye

5 comments:

  1. apa pun semoga berjaya dalam pelajaran :)

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com

    ReplyDelete
  2. done follow awak #21..


    goodluck dik..belajar rajin2


    nak jemput JOIN dan SUPPORT 1st GA ena..: http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html


    TIA!

    ReplyDelete