Friday, 13 February 2015

Aku Seorang Muslimah


   
selamat bertemu lagi kita di laman maya. Syukur alhamdulillah kita dapat menulis entry baru lagi. Pernah tak anda semua berfikir sejenak? Pernah tak sekali sahaja terfikir untuk menjadi yang lebih baik? mesti pernahkan.. Kalau boleh semua nak berubah. Tiada seorang pun yang inginkan neraka. Semua nak Syurga.

Miss juga adalah salah seorang daripada awak semua yang ingin berhijrah. Daripada alam jahiliah hinggalah ke alam baru yang mempunyai hidayah ALLAH. Bukan senang nak berubah dan bukan susah nak mencuba. Mungkin diantara kita ,mengharungi banyak cabaran yang perlu dilalui untuk berhijrah. Miss akui memang agak sukar cabaran itu bak menyelesaikan soalan addmath.



Miss pernah nak cuba memakai tudung labuh tapi orang yang Miss sayang menghalangnya. Miss agak sedih soal itu. Bukan sepatutnya orang sekeliling kita patut menyokong tapi pemikiran Miss meleset. Tak semua benda orang akan menyokong kita kan...

Tapi sekarang alhamdulillah walaupun Miss tak bertudung labuh walaupun baju Miss tidak selabuh para muslimah tapi Miss tetap seorang MUSLIMAH. Semua wanita islam di dunia ini ada lah seorang muslimah. Walaupun tidak bertudung litup tetap seorang muslimah. Jadi mari kita doakan untuk semua para muslimah agar sentiasa berjaya dalam hidup.

sampai di sini sahaja entry kali ini good bye-bye

No comments:

Post a Comment