Bismillahhrirahmannirrahim
Syukur alahamdulillah kita masih lagi bernafas di muka bumi ALLAH.
Dalam akhbar banyak kita dengan kes buang bayi , rogol,sumbang mahram dan macam-macam lagi. Hal ini berpunca daripada perbuatan zina.Kenapa perkara ini boleh berlaku?bukankah persetubuhan hanya di halalkan bagi lelaki dan wanita yang sudah berkahwin?
Kalau kita lihat dimana-mana sahaja,ramai yang melakukan maksiat terutama remaja. Sepatutnya sebagai seorangremaja hanya perlu belajar sahaja. Tapi kenapa?Kenapa perkara zina ini boleh berlaku dalam kalangan remaja sekarang?
Bila Miss pulang dari sekolah berderet-deret lower form dari sekolah Miss 'berdating' di kantin sekolah. Malu betul Miss bila yang 'dating' tu adalah orang islam. Orang yang bukan Islam tak pulak dating di bawah pokok sekolah. Macam mana nak ajak orang yang bukan islam berhijrah ke arah islam sedang orang islam itu sendiri yang melakukan kejahatan. Inikah orang islam akhir zaman? Ya ALLAh jauh lah perbuatan ini dari diri Miss dan rakan-rakan seperjuangan.Miss doakan untuk semua umat islam. Miss berharap sangat mereka yang berdating itu di datangi hidayah ALLAH.
sebagai umat islam, kita sepatutnya menghindarkan diri daripada melakukan zina. bahkan jangan sekali menghampirinya.
Maksud zina
Az-Zina bermaksud hubungan badan yang diharamkan. Hubungan badan ertinya
keintiman di antara lelaki dan wanita yang tidak berkahwin tetapi melakukan
perbuatan seperti mereka yang telah berkahwin dan bersetubuh. Hukumnya adalah
haram dan berdosa besar. Ini adalah bigha’ (perbuatan nista). Dalam istilah
syariat pula menyatakan bahawa zina adalah seseorang lelaki yang menggauli
seorang wanita yang belum dinikainya dengan pernikahan yang sesuai dengan
syariat.
Tidak kasihankah kita kepada anak zina itu. Sungguh si anak
tidak berdosa, yang berdosa adalah hubungan haram bapa dan ibunya di masa
lampau. Si anak terpaksa menanggung sengsara di pandang hina oleh masyarakat.
Si anak sangat berasa malu, merendah diri dan merasa diri tidak berguna. Keraguan nasab keturunan juga timbul, kerana
si anak tidak tahu dibin kan siapa. Inilh yang terjadi, si anak zina menjadi
mangsa dek kerana kerakusan nafsu si lelaki dan si wanita.
Ingatlah sesungguhnya telah jelas dalam Al-Quran, bahawa
lelaki penzina tidak akan mengahwini wanita kecuali wanita penzina atau
perempuan musyrik dan perempuan penzina tidak akan kahwini lelaki melainkan
lelaki itu penzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu adalah haram di atas
orang-orang Mukmin.
sampai disini sahaja entry Miss kali ini.Lebih baik kita nasihatkan saudara sesama islam sebelum perkara ini berleluasa.
Malu adalah benteng dari runtuhnya iman..
Malu adalah benteng dari runtuhnya iman..
No comments:
Post a Comment