Thursday, 19 February 2015
wanita permata tercantik didunia
bismillahhirrahmannirrahim
alhamdulillah Miss dapat lagi berjumpa dengan rakan-rakan maya. apa khabar semua sihat? indah hari inikan.
Entri Miss hari ini adalah wanita yang cantik.
Pada pendapat Miss wanita di seluruh dunia ini,semuanya cantik. Sebab Allah memang menjadikan manusia yang bernama wanita ini adalah cantik. Mungkin kita nampak berbeza sebab saiz badan,warna kulit tapi apa yang buat kita sama adalah kita ialah wanita. Kita sepatutnya bersyukur apa yang telah dianugerahkan kepada kita. ALLah telah menjadikan wajah kita secantik bidadari. Tapi manusia kan mesti nak lebih daripada apa yang kita ada.
Mungkin ini hanya lah pendapat Miss. Kadang Miss pun nak nampak cantik macam orang lain lumrah
manusia.
Tapi adakah kita semua tahu wanita yang secantik-cantiknya ialah wanita yang menutup auratnya daripada dilihat oleh orang yang bukan mahram. Wanita yang menjaga kebersihan fizikal dan rohani. Wanita yang menjaga tingkah lakunya. Wanita yang menjaga solatnya Itu adalah secantik-cantik wanita di dunia ini. Miss tak bermaksud orang yang tak menutup aurat tu tak cantik..lebih cantik kalau kita sebagai wanita menutup aurat kita.
Jadi kita sebagai wanita perlulah sedar tiada apa yang kekal di dunia ini. Kita sepatutnya bersyukur apa yang ada pada diri kita. Jangan terlalu berbangga.
So,sampai disini sahaja lah entri kali ini...sory lah kalau ini menyinggung perasaan orang ramai.Miss cuma bercakap sebagai seorang wanita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment