Monday, 16 March 2015

Tips menjaga kecantikan semasa Remaja

 
hai-hai awak awak semua. cantik? sape yang tak nak cantik kan. Semua wanita dalam dunia ni nak cantik termasuk para remaja yang semakin meningkat dewasa. Mesti ramai remaja kat luar sana cari entry macam mana nak jadi cantik?macam mana nak hilangkan jerawat?macam mana nak elak sunburn?macam mana nak hilangkan minyak pada muka?... Banyak kan yang korang cari kat website or blog orang kan hahaha.

 

Entry kali ini Miss khususkan kepada para remaja. Untuk yang dewasa pun boleh ,ia mungkin membantu.
Kulit remaja-remaja wanita nie masih anjal lagi. Kolegen masih penuh kat muka. Kendur? kulit muka remaja mana ada kendur. Jangan nak merepek sambil makan kerepek kat sini ea. Putih?bukan semua orang dilahirkan putih. Mesti ada sawo matang, hitam manis. Kita cuma perlu bersyukur.

okay now kita terus ke induk tajuk kita sahaja ye..Mesti ramai remaja yang kat luar sana cari cara bagaimana nak hilangkan jerawat? Jerawat ni musuh utama para wanita. Mestilah kita rasa macam nak pecahkan jerawat tu..JANGAN!! jangan sesekali pecahkan jerawat. Kalau nak elakkan jerawat tumbuh merebak , jangan pecahkan jerawat nanti makin banyak dia tumbuh. Kalau boleh semasa tumbesaran jerawat ini berlaku awak semua jangan lah menyentuh jerawat tersebut mengelak ia semakin membesar. Tak perlulah nak pakai oxy or so ever lah. Nanti makin teruk ada lah. So jangan nak memandai pakai krim yang bukan-bukan okay.

Next, kawan-kawan diluar sana mesti cari macam mana nak hilangkan minya pada muka. Ibu Miss cakap cari tuala  dan basahkan tuala then lap kan kat muka. ia dapat mengurangkan minyak disamping kita dapat kesegaran secara tidak langsung. bagi remaja , krim muka kat luar sana boleh menipis kan kulit muka then masa tu lah akibat nya bukannya jadi cantik makin mereput hahaha.

Plus ,kalau nak kulit kita kekal cantik berseri minumlah air masak banyak-banyak seperti minum lapan gelas setiap hari. Baru lah kulit muka kita cantik dan berseri-seri. Tak semestinya waktu remaja bila menghampiri umur 25 tahun juga kulit kita akan sentiasa sihat sejahtera kalau kita amalkan minum air masak ini.Makan ulam-ulaman juga akan buat kulit kita sihat tapi Miss tahu remaja sekarang nie mana sukan makan sayur hahah. So lepas nie jangan nak makan kolegen yang entah pape tu. Tak bagi apa-apa pun tambah penyakit lagi ada lah. Jangan makan kawan-kawan.

 

Kalau nak pakai apa-apa krim, pakai krim yang dibuat daripada alam sekitar. Kalau boleh elakkannya yang tinggi pengikisan kulit seperti dalam tiga hari boleh cerah. Dalam seminggu boleh cerah. Jangan sesekali pakai yang itu sebab ia akan mengikiskan kulit malah menyebabkan kita mudah diserang kanser kulit .

And tips paling berkesan, Kita mestilah selalu tersenyum sebab senyum dapat merehatkan kulit muka kita daripada meregang. It can make some therapy.

how sweet we are.. no edit in this pic..the beatiful nature


tips-tips diatas ini Miss dah cuba dah hasilnya. Kulit muka Miss tidak mengalami apa-apa masalah. So jangan risau okay.

dah cukup macam entry kali ini. So sampai sini sahaja.Miss minta maaf sangat kalau entry yang ingin mungkin mengguriskan hati beberapa pihak. Tapi apa salahnya kita berkongsi ilmu yang kita ada demi kecantikkan para bakal wanita begitu juga wanita diluar sana. okay good bye-bye kawan-kawan

4 comments:

  1. untung la kulit tak ber masalah,,iolls ni always kena jaga jerawat haha

    ReplyDelete
  2. hihi tak apa semua orang ada jerawat janji jangan pegang jerawat tu

    ReplyDelete
  3. miss unknown boleh sarankan produk yg sesuai untuk org umur 15 gitu..pernah try tak pakai pencuci muka..tapi, kulit rasa macam berminyak sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh untuk umo 15 tahun lebih sesuai memakai produk fair&lovely or safi sebab produk dorang nie tak banyak bahan kimia yang dorang guna.

      Delete